Kementerian Kewangan Malaysia
eP MOF atau dikenali sebagai Ministry of Finance (MOF) adalah sebuah Kementerian yang menguruskan pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Antara agensi-agensi yang terlibat sebagai penggerak Kementerian Kewangan ialah seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bursa Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP), Jabatan Akauntan Negara (JANM), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). MOF ini telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan Yang Berhormat Tun H.S.Lee merupakan Menteri Kewangan pertama yang dilantik dan berkhidmat pada 1957 sehingga 1959. Pelbagai manfaat yang disediakan oleh MOF untuk tahun 2023 seperti Belanjawan 2023, Sumbangan Tunai Rahmah, eBeliaRahmah dan sebagainya.
Visi, Misi & Objektif Kementerian Kewangan Malaysia
Visi ialah Perbendaharaan sebagai Peneraju Dasar dan Pengurusan Fiskal serta Kewangan Awam. Manakala, misi MOF ialah mengurus dasar fiskal secara berhemat dan berkesan bagi memastikan kemampanan fisikal Kerajaan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Bukan itu sahaja, ia juga mengurus kewangan awam dengan cekap, telus, berintegriti dan efektif untuk mencapai matlamat pembangunan negara. Objektif MOF pula ialah memperkukuh kedudukan fiskal dalam jangka masa sederhana dan panjang. Selain itu, ia juga memperkasa pengurusan kewangan awam serta memastikan keberhasilan inisiatif dan program sektor awam mencapai sasaran.
ePerolehan MOF
ePerolehan adalah salah satu sistem elektronik yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Sistem ini bertujuan untuk membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat mereka kepada Kerajaan. Selain itu juga, pembekal boleh memasuki pelbagai Tender dan Sebut Harga dari Jabatan Kerajaan. Sekiranya anda mempunyai sistem ini, anda dapat meluaskan perniagaan anda di sakala yang lebih besar. Kementerian Kewangan Malaysia, adalah salah satu Kementerian yang sangat dipercayai untuk memperkenalkan syarikat anda. Pelbagai fungsi yang terdapat di sistem ini, sebagai contoh, sistem katalog, admin pembekal atau lebih dikenali sebagai supplier admin, pendaftaran baharu MOF, pembaharuan MOF dan sebagainya.
Penutup
Boleh hubungi kami sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan pendaftaran baharu, pembaharuan, kemaskini profil, pertambahan kod bidang, sijil taraf bumiputera dan sijil digital ePerolehan. Anda boleh dapatkan khidmat konsultan dari kami. Tidak perlu risau, kami akan bantu anda menguruskan permohonan anda dan segala maklumat akan kami simpan sebaiknya.