Katalog ePerolehan atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membina sebuah sistem katalog di dalam ePerolehan. Hal ini, bertujuan untuk memudahkan pembekal memperkenalkan produk dan perkhidmatan syarikat mereka kepada Jabatan Kerajaan. Setiap pembekal hendaklah sentiasa memastikan setiap item pada katalog mereka sentiasa dikemaskini dengan harga semasa, gambar dan maklumat yang terkini dan sebagainya.
Fungsi Bagi Katalog ePerolehan
- Melalui sistem katalog ini, bagi mana-mana Jabatan Kerajaan yang terlibat boleh meninjau harga dan membuat perbandingan dengan mana-mana syarikat yang berdaftar dengan MOF. Uuntuk mendapatkan item yang berkualiti sebelum mereka memilih untuk memperoleh item tersebut. Melalui ini, dapat membantu Kerajaan untuk membuat keputusan pembelian yang lebih baik dan efektif.
- Sebelum anda mengiklankan produk anda di dalam sistem ePerolehan. Anda perlu cipta katalog yang lengkap terlebih dahulu dan kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan dari pegawai MOF. Setiap Item produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal tidak diikat dengan mana-mana kontrak yang wujud di sistem Sistem ePerolehan. Ia juga boleh dilihat oleh semua pengguna ePerolehan dan pengguna awam serta boleh diurusniagakan oleh semua Agensi Kerajaan.
- Sistem elektronik ini memudahkan Kerajaan untuk membuat tapisan bagi item yang ingin dipilih melalui carian item, harga berperingkat, zon atau item promosi. Oleh itu, pengguna (pembekal) perlulah bijak dalam menguruskan katalog agar memudahkan anda untuk mendapat tawaran Tender. Perlu diingatkan, anda perlu bersaing dengan banyak syarikat di luar sana.
Pengurusan kami
Anda tiada masa untuk uruskan sistem ePerolehan anda? Tidak berminat untuk beratur atau menguruskan secara fizikal ? . Jangan risau, kami dari lesenkewangan2u.com sedia membantu untuk menyelesaikan masalah anda. Hubungi kami segera di talian 011-70009624 atau terus isi segala maklumat dengan lengkap di Borang Permohonan untuk tahu cara-cara upload katalog ke sistem ePerolehan.