APA ITU LESEN MOF DAN e-PEROLEHAN UNTUK PEMBEKAL

/
/
APA ITU LESEN MOF DAN e-PEROLEHAN UNTUK PEMBEKAL

Isi Kandungan

Pengalaman kami dalam perkhidmatan pendaftaran MOF ini, kami mendapati masih ramai syarikat yang keliru antara lesen MOF dan e-Perolehan. MOF dan e-Perolehan adalah berbeza dari segi bentuk sijil, maklumat dan cara pendaftaran. Mari saya terangkan perbezaan di antara dua perkara ini.

 

Lesen/Sijil MOF

lesen MOF

 

MOF ialah singkatan bagi The Ministry of Finance atau Kementerian Kewangan Malaysia. Lesen MOF ini dikeluarkan dalam bentuk sijil untuk membantu para kontraktor dan pembekal membekalkan produk serta perkhidmatan mereka ke mana-mana Jabatan dan Agensi Kerajaan yang terlibat. Pada tahun 2020, MOF telah menetapkan, pendaftaran hanya secara online dan sijil akan diberikan secara softcopy sahaja. Isi kandungan di sijil MOF ini terdapat penama sijil iaitu hanya penama ini yang layak berurus niaga dengan Kerajaan. Bukan itu sahaja, di sijil MOF ini juga terdapat kod bidang MOF yang telah didaftarkan untuk pembekal tersebut memohon Tender atau Sebut Harga sesuai dengan kod bidang yang dicadangkan.

 

e-Perolehan

 

e-Perolehan ialah sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembekal mendaftarkan sijil MOF samada permohonan pendaftaran baharu, pembaharuan, penambahan kod bidang, kemaskini profil MOF dan sijil taraf bumiputera (STB). Untuk setiap pendaftaran ini berbeza mengikut permohonan. Di dalam sistem ini juga, terdapat pendaftaran katalog untuk pembekal mempamerkan produk mereka kepada Agensi-Agensi Kerajaan. Lagi banyak katalog yang dimasukkan, lagi banyak peluang Kerajaan mencari anda untuk bersama-sama bekerjasama dalam Tender yang disediakan.

Kedua-dua ini adalah berbeza cuma masih berada dibawah Kementerian yang sama. Kalau anda nak mudah ingat, lesen atau sijil MOF ialah berbentuk sijil fizikal samada hardcopy atau softcopy. Manakala, e-Perolehan ialah sistem yang mencipta sijil MOF. Adakah mudah untuk daftar MOF? Pendaftaran MOF ini memerlukan penelitian yang betul, banyak dokumen yang anda perlu buat semakan dan perlu selarikan dalam sistem e-Perolehan. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak benar atau tidak selari boleh menyebabkan permohonan anda ditolak dan perlu buat penghantaran semula. Hal ini, akan mengambil masa yang agak lama dimana anda perlu menunggu lagi 1 hingga ke 2 minggu untuk dapat kelulusan. Itu kalau anda sudah tiada kesalahan, bagaimana kalau anda buat kesalahan lain pula? Kan dah membazir masa tu.

 

Penutup

Kebiasaannya, klien kami mengambil jalan mudah dengan menggunakan perkhidmatan kami kerana pengalaman yang kami ada, dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. Anda hanya perlu sediakan dokumen dengan lengkap, dan tunggu sahaja kami proseskan pendaftaran MOF anda. Selepas sijil diluluskan, kami akan hubungi anda dan anda boleh daftarkan syarikat anda dengan mana-mana Tender yang diwar-warkan oleh Kerajaan. Jadi apa tunggu lagi? Daftarlah MOF dengan kami http://wasap.my/60117009624 atau lesenkewangan2u.com/borang-permohonan/, dijamin 100% KELULUSAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×