Pengenalan
Ramai pembekal yang tidak tahu, sebenarnya terdapat lebih daripada 30 jenis kod bidang yang boleh anda mohon. Haa mesti nak tahu kan? Jom kami terangkan.
Teknik-Teknik Pemilihan Kod Bidang
Pemilihan kod bidang adalah sangat penting bagi setiap pembekal yang ingin memohon lesen kewangan MOF. Jika syarikat anda berdaftar alamat rumah di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda hanya boleh memohon kod yang dikhaskan untuk syarikat yang beroperasi di rumah sahaja.
Terdapat 45 jenis kod bidang yang boleh anda mohon bagi perkhidmatan syarikat yang beroperasi di rumah. Manakala, bagi bidang yang beroperasi di pejabat adalah tiada terhad. Tetapi, kadar maksimum yang anda boleh mohon bagi syarikat anda ialah 30 kod sahaja, samada beroperasi di rumah atau di pejabat. Jika anda memohon lebih dari 30 kod bidang, anda hendaklah membuang salah satu daripada kesemua 30 kod tersebut untuk mencukupkan 30 maksimum sahaja.
Selain itu, terdapat juga kod bersyarat yang terdiri daripada syarikat yang beroperasi di bengkel dimana memerlukan beberapa dokumen sokongan tambahan dan kemungkinan memerlukan lawatan tapak oleh MOF ke permis syarikat, walaubagaimanapun ia bergantung pada pihak MOF. Manakala, bagi syarikat perunding pula mempunyai kod bidang yang berbeza kerana syarikat ini telah berdaftar dengan badan professional. Layari laman youtube untuk lebih lanjut.
Antara punca permohonan kod bidang tidak diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ialah kerana yang diisytihar tidak selari dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di SSM. Bagi syarikat enterprise, pemilihan kod agak rumit kerana maklumat di jenis perniagaan hendaklah lebih specific dan tidak terlalu umum supaya lebih mudah untuk memohon kod di dalam MOF. Jika Teknik-teknik ini dilakukan, anda tidak perlu risau kerana permohonan anda pasti tidak akan ditolak.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kod adalah perkara asas dan penting untuk memohon lesen kewangan. Lagi banyak kod yang dimohon, lagi banyak tender atau sebutharga dari pihak kerajaan, yang anda boleh mohon. Tapi anda jangan risau, kami dari lesenkewangan2u.com, akan mengajar anda teknik-teknik pemilihan dengan lebih mendalam. Hubungi kami di talian 011-7000 9624 atau emailkan ke info@lesenkewangan2u.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh klik pada Borang Permohonan dan isi segala maklumat anda dengan lengkap, kemudian pegawai kami akan menghubungi anda.
Sekian, Terima Kasih.