Apa Itu Sijil Bumiputera (STB)?
Apa itu sijil taraf bumiputera? ia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk syarikat bumiputera. Kelayakan ini diberikan untuk syarikat yang mempunyai 100% atau 75% bumiputera dari segi aspek pengurusan syarikat seperti pengarah, pemilik, penandatangan cek, pegangan saham dan pengurusan. Jika terdapat tender atau sebutharga yang dibuka oleh pihak kerajaan untuk syarikat bumiputera, hanya syarikat tersebut sahaja yang layak memasuki tender atau sebutharga tersebut. Special kan?
Ramai juga yang berfikir, sijil kewangan MOF dengan sijil taraf bumiputera adalah sama. Jawapannya ialah tidak, ianya berbeza. Jika anda ingin memohon sijil taraf bumiputera, anda wajib mempunyai sijil kewangan MOF. Dari segi lampiran dokumen juga, sijil kewangan MOF dan sijil taraf bumiputera adalah berbeza. Jika syarikat beroperasi di rumah boleh ke mohon sijil taraf bumiputera? Ya, tentu sahaja boleh, anda cuma perlu lampirkan dokumen-dokumen untuk syarikat yang beroperasi di rumah sahaja.
Antara Dokumen-Dokumen
Dokumen-dokumen yang dilampirkan agak berbeza dengan syarikat yang beroperasi di pejabat kerana jika anda berdaftar alamat syarikat anda menggunakan alamat pejabat di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dokumen tambahan juga diperlukan seperti lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anda juga perlu membuat caruman KWSP untuk pekerja. Bagaimana pula dengan syarikat enterprise dan sdn bhd? Dokumen yang perlu dilampirkan juga agak berbeza.
Tetapi wajib ke ada sijil taraf bumiputera ni? Tak wajib pon, cumanya akan menjadi satu kelebihan jika anda mempunyainya berbanding pesaing anda. Untuk tempoh kelulusan, ia agak lama iaitu satu hingga dua bulan kerana memerlukan lawatan tapak oleh pihak MOF ke premis syarikat yang beroperasi samada di pejabat atau di rumah. Anda juga perlu selalu bersedia kerana lawatan ini dilakukan secara mengejut.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh mengisi maklumat anda dengan lengkap di Borang Permohonan atau terus hubungi kami di talian 011-7000 9624. Semoga bermanfaat untuk semua yang belum tau lesen MOF ni lagi lagi pembekal dan peniaga