Pendaftaran sukar dilakukan? Permohonan asyik ditolak kerana dokumen tidak lengkap? Sukar memahami cara pendaftaran (registration) MOF ? Tak cukup masa dan perlukan bantuan perkhidmatan untuk menguruskan pendaftaran? Haa, ini antara aduan yang biasa kami dengar. Tapi macam mana nak selesaikan semua ni? Jangan risau, kami kan ada.
Kenapa Perlu Pilih Kami?
Kenapa anda semua perlu memilih kami? Kami penyedia perkhidmatan pendaftaran baharu dan pembaharuan sijil kewangan MOF. Jika anda berurusan dengan kami, anda hanya perlu lampirkan dokumen-dokumen yang kami perlukan dan kami akan melakukan proses pendaftaran anda sehingga sijil diluluskan. Setiap dokumen yang dilampirkan, kami akan buat semakan secara teliti dan jika terdapat sebarang masalah, kami akan maklumkan untuk anda membuat penambahbaikan. Segala proses ini hanya secara atas talian, jadi boleh jimat masa, wang dan tenaga anda. Caj yang kami tawarkan juga berpatutan, sesuai dengan perkhidmatan yang kami sediakan.
Kami mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun. Terdapat ramai pembekal dan kontraktor yang telah berurusan dengan kami dan mereka semua sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Ini kerana, segala proses pendaftaran, kami akan bantu dari A-Z. Kami faham, ada antara anda yang baru sahaja berjinak dan masih kurang faham mengenai sijil kewangan MOF. Masih tertanya-tanya apa fungsinya dan kebaikannya, kalau nak masuk tender kerajaan tak ada sijil mof boleh ke?Jadi, sebab itu anda memerlukan kami untuk bantu anda.
Cara-Cara Pendaftaran (Registration)
Berikut merupakan cara permohonan Lesen Kewangan MOF:
- Mengisi borang permohonan di laman sesawang kami iaitu Lesenkewangan2u.com.
- Isi segala maklumat dengan lengkap agar memudahkan kami untuk menghubungi anda
- Pegawai kami akan menghubungi anda dalam tempoh tidak melebihi 24 jam
- Pegawai kami akan memberi senarai dokumen yang perlu dilampirkan
- Dokumen akan disemak oleh pegawai kami
- Proses pembayaran samada secara deposit atau penuh
- Sekiranya semua dokumen telah lengkap, pegawai kami akan melakukan proses pendaftaran akaun ePerolehan atas talian sebelum kami menghantar dokumen permohonan
- Proses kelulusan ialah dalam tempoh 7-14 hari bekerja sahaja
- Setelah permohonan diluluskan, pihak kami akan menghantar softcopy sijil secara E-mel/ Whatsapp
Jadi jangan risau, kami dari lesenkewangan2u.com, bersedia untuk beri yang perkhidmatan terbaik untuk anda. Jika anda berminat untuk membuat pendaftaran (registration) sijil kewangan MOF dengan menggunakan perkhidmatan kami, boleh ke laman sesawang kami iaitu LesenKewangan2u.com. Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-7000962 atau emailkan ke info@lesenkewangan2u.com untuk sebarang pertanyaan dan anda juga boleh klik pada borang permohonan. Kami akan bantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan ini sehingga sijil anda diluluskan.
Sekian, Terima Kasih.