CARA LULUS SIJIL TARAF BUMIPUTERA MOF

/
/
CARA LULUS SIJIL TARAF BUMIPUTERA MOF

Isi Kandungan

Cara lulus bumiputera MOF ? Atau Sijil Taraf Bumiputera merupakan antara sijil yang memberi kelebihan kepada pembekal dan kontraktor yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Melalui penarafan bumiputera ini. Ia membolehkan pembekal dan kontraktor mendapatkan Tender atau Sebut Harga yang dibuka khas untuk syarikat dan perniagaan yang memiliki kelayakan bumiputera. Apakah syarat utama untuk memiliki Sijil Taraf Bumiputera ini? Syarikat mestilah dipegang oleh 75% hingga 100% bumiputera dari segi pegangan saham syarikat, pengarah atau pemilik syarikat, penandatangan cek dan pekerja.

 

Antara Cara Lulus Sijil Taraf Bumiputera MOF

Pemohon perlu tahu, kelulusan sijil ini agak sukar kerana pegawai PKK/MOF akan membuat semakan kelayakan secara teliti. Supaya tiada unsur penipuan ketika proses kelulusan. Pemohon perlu sentiasa bersedia berada di premis syarikat sepanjang tempoh “Menunggu Lawatan Tapak Oleh MOF”. Hal ini kerana, kebiasaannya pegawai PKK/MOF datang secara mengejut tanpa sebarang notis. Sekiranya anda tiada pada waktu pegawai PKK/MOF hadir, permohonan anda akan ditolak. Jika pegawai tersebut boleh diberi budi bicara, anda mungkin dapat tarikh baru atau pegawai tersebut akan menunggu sehingga anda hadir ke premis syarikat.

Bukan itu sahaja, dokumen-dokumen yang dilampirkan juga perlulah lengkap dan selari dengan segala maklumat yang diisytiharkan di dalam sistem eperolehan. Semasa proses lawatan, dokumen anda perlulah lengkap untuk mendapatkan pengesahan oleh pegawai. Setelah anda memperolehi sijil bumiputera tersebut, sekiranya syarikat didapati sudah tidak wujud atau peratusan kelayakan bumiputera berkurangan. Antaranya seperti kakitangan bumiputera telah diberhentikan dan digantikan dengan kakitangan bukan bumiputera dan menyebabkan majoriti peratusan dipegang oleh bukan bumiputera. MOF akan menarik semula kelayakan bumiputera tersebut tanpa sebarang notis.

Kod bidang khas, kod bidang percetakan, perkhidmatan perkapalan, penyelenggaraan kenderaan, broker insuran antara kod bidang yang memerlukan kelayakan bumiputera. Modal berbayar atau terkumpul juga berbeza mengikut kod bidang yang dimohon.

 

Kesimpulan

Sekiranya anda memenuhi semua syarat yang dinyatakan, syarikat anda pasti layak untuk mendapatkan Sijil Taraf Bumiputera atau untuk bantuan hubungi kami di talian 01170009624 atau layari lesenkewangan2u.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×