PEMBAHARUAN (RENEW) SIJIL MOF

/
/
PEMBAHARUAN (RENEW) SIJIL MOF

Isi Kandungan

Pembaharuan (Renew) Sijil MOF

Sijil ini adalah dokumen yang membuktikan bahawa syarikat atau peniaga tersebut adalah sah dan berdaftar sebagai pembekal di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia. Sijil ini biasanya diperlukan bagi mereka yang ingin menyertai rundingan tender atau menyediakan barangan serta perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia. Ini merupakan usaha untuk mengurangkan kerumitan proses perolehan kerajaan dan mempercepatkan urusan perniagaan dengan kerajaan. Sijil MOF juga perlu melalui proses renew dan kemas kini untuk memastikan ia sentiasa sah untuk urusan sebut harga dan tender kerajaan.

Bagi setiap syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mestilah membuat pembaharuan (renew) MOF sekiranya sijil MOF tersebut telah tamat tempoh dan ingin memasuki mana-mana Tender atau Sebut Harga. Tempoh yang dibenarkan untuk membuat pembaharuan MOF ialah 3 bulan sebelum tarikh luput atau 1 tahun selepas tarikh luput. Proses pembaharuan MOF adalah sama seperti pendaftaran baharu. Tetapi akan ada dokumen tambahan diperlukan kerana proses pembaharuan adalah untuk pegawai MOF mengemaskini semula maklumat-maklumat yang dilampirkan ketika pendaftaran baharu sebelum itu.

 

Dokumen yang diperlukan

Untuk syarikat ialah seperti SSM terkini. Penyata akaun bank atas nama syarikat yang terkini, perjanjian sewa premis atau dokumen kebenaran dari pemilik premis dan sebagainya. Jika terdapat sebarang perubahan maklumat syarikat. Pemohon perlu lampirkan dokumen yang telah dikemaskini bagi mengelakkan permohonan pembaharuan ditolak oleh pegawai MOF.

 

Rumusan

MOF juga berhak mengeluarkan secara automatik maklumat syarikat atau firma perunding dari sistem ePerolehan. Sekiranya syarikat atau firma perunding tidak membuat pembaharuan dalam tempoh satu 1 tahun dari tarikh tamat pendaftaran. Manakala, bagi permohonan pembaharuan bagi syarikat yang mendaftar kod bidang khas, lawatan pengesahan kod bidang khas bagi semakan semula kelayakan akan dilaksanakan setiap 2 kali pembaharuan atau setiap 6 tahun.

 

Bantuan

Pengalaman kami selama lebih dari 5 tahun telah berjaya mendapatkan kepercayaan dari ramai syarikat yang berdaftar dengan MOF. Kami menguruskan permohonan anda dari semakan dokumen, cadangan kod bidang yang bersesuaian sehingga sijil MOF yang kami uruskan diluluskan. Semua proses ini memudahkan urusan pelanggan kami, menjimatkan masa mereka tanpa perlu ke kaunter MOF untuk membuat permohonan.

Sila hubungi kami sekarang di talian 011-7000 9624. Untuk kami membantu menguruskan proses pembaharuan sijil kewangan MOF anda dan kami akan pastikan sijil anda akan diluluskan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×