PUNCA PENDAFTARAN SIJIL TARAF BUMIPUTERA DITOLAK

/
/
PUNCA PENDAFTARAN SIJIL TARAF BUMIPUTERA DITOLAK

Isi Kandungan

Pengenalan

Tahukah anda, pendaftaran sijil taraf bumiputera boleh dimohon sebaik sahaja pendaftaran sijil MOF diluluskan. Namun begitu sebelum mendaftar sijil taraf bumiputera, pembekal perlu memastikan bahawa semua syarat yang dikeluarkan oleh MOF untuk kelulusan sijil tersebut dipatuhi. Hal ini kerana, kebanyakan pembekal tidak semak syarat yang MOF keluarkan dan menyebabkan pendaftaran taraf bumiputera ditolak oleh pegawai pelulus.

kelulusan sijil taraf bumiputera

 

Punca Pendaftaran Sijil Taraf Bumiputera (STB) Ditolak

Tiada Papan Tanda Kekal

Antara punca utama permohonan ditolak adalah disebabkan oleh syarikat tidak mempunyai papan tanda kekal mengikut kriteria yang MOF perlukan. Papan tanda syarikat hendaklah besar dan kertas A4 dan banner tidak dibenarkan untuk pendaftaran sijil bumiputera. Papan tanda ini juga akan memudahkan pegawai yang datang buat lawatan untuk mengenalpasti nama syarikat anda.

Salinan Perjanjian Sewa Premis Tidak Dimatikan Setem

Punca kedua permohonan ditolak adalah disebabkan salinan perjanjian sewa premis yang dikemukakan tidak dimatikan setem hasil dari LHDN. Dokumen ini amat penting untuk memastikan bahawa pemis perniagaan ini benar-benar wujud seperti mana alamat yang diisytiharkan didalam sistem eperolehan. Selain itu, jika premis tersebut merupakan hak milik sendiri, syarikat tidak kemukakan salinan dokumen hak milik dengan jelas.

Peta Lakar Tidak Jelas

Peta lakar menuju ke premis yang dikemukakan tidak jelas dan ada juga syarikat hanya ambil peta lakar daripada Google Map dan hantar permohonan ke MOF dengan yakin bahawa permohonan akan diluluskan. Walhal permohonan tersebut juga merupakan salah satu punca penolakan daripada pegawai MOF. Syarikat perlu melakar sendiri peta menuju ke premis dengan mudah dan jelas untuk rujukan lawatan tapak oleh pegawai MOF.

Premis Bertutup atau Tiada Orang di Premis

Banyak permohonan taraf bumiputera ditolak oleh pegawai MOF disebabkan oleh premis bertutup atau tiada orang didalam premis semasa lawatan mengejut dibuat oleh pegawai MOF atau PKK. Alasan  penolakkan ini merupakan antara punca yang paling banyak diterima oleh MOF. Oleh itu, setiap syarikat yang telah menghantar permohonan ke MOF perlu sentiasa bersedia di syarikat bagi menerima lawatan mengejut daripada MOF dan perlu memastikan syarikat sentiasa ada orang dalam tempoh menunggu lawatan tapak ini bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Penutup

Setiap syarikat yang membuat permohonan sijil taraf bumiputera ini perlu memastikan semua syarat dan dokumen yang diperlukan oleh MOF lengkap disediakan tanpa sebarang kesilapan kecil ataupun besar. Hal ini, tempoh kelulusan pendaftaran sijil tersebut memakan masa yang lama dan jika permohonan ditolak oleh pegawai, maka tempoh kelulusan makin bertambah dan makan masa syarikat untuk menunggu lawatan semula oleh pegawai (wasap kami).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×