APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MOF DITOLAK ?

/
/
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MOF DITOLAK ?

Isi Kandungan

MOF DITOLAK

What is MOF ?

Tahukah anda, setiap permohonan yang ditolak oleh pegawai MOF masih boleh dihantar semula dan membuat pembetulan semula di dalam sistem mengenai alasan yang ditolak itu. Penghantaran semula permohonan ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas permohonan ditolak. Jika permohonan itu tidak dihantar semula dalam tempoh yang ditetapkan. Secara automatik pendaftaran tersebut akan dibatalkan oleh sistem dan dikira permohonan tidak berjaya. Pembekal perlu mendaftar semula dan membuat bayaran proses kerana bayaran proses sebelum ini akan dikira hangus.

 

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

Namun begitu, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pembekal yang mendapat maklumbalas permohonan ditolak ini? 

Mengenalpasti Alasan Penolakkan

Pembekal pentadbir sistem perlu mengenalpasti punca dan alasan permohonan ditolak oleh pegawai. Untuk makluman, pegawai MOF akan menyatakan alasan penolakkan untuk rujukan pembekal. Pembekal perlu membetulkan semula apa yang pegawai MOF nyatakan didalam alasan tersebut. Pembekal boleh semak status permohonan melalui sistem eperolehan dan juga email yang dikeluarkan oleh pihak eperolehan. Ini adalah penting untuk pembekal mengetahui kesilapan yang menjadi punca permohonan ditolak.

Memproses Semula Permohonan MOF

Pembekal perlu memproses semula permohonan bagi membetulkan kesilapan yang dilakukan semasa permohonan yang dihantar sebelum ini. Pembekal juga perlu memastikan semua maklumat yang didaftarkan di dalam sistem adalah benar dan tiada sebarang kesilapan sebelum menghantar semula permohonan ke MOF untuk kelulusan.

Nombor Permohonan Terkini Borang Pengisytiharan

Borang pengisytiharan yang dihantar sebelum ini perlu dibetulkan semula. Sebagai contoh, nombor rujukan permohonan, ini kerana nombor permohonan akan berubah mengikut masa permohonan diisytiharkan. Hal ini kerana, walaupun pendaftaran tersebut merupakan permohonan penghantaran semula dan menggunakan maklumat yang sama di dalam sistem. Pembekal perlu pastikan semua maklumat dan nombor pendaftaran permohonan adalah benar sebelum dihantar ke MOF.

Tidak Perlu Pembayaran Proses

Selepas permohonan telah dikemaskini dan dibetulkan pembekal boleh isytiharkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada MOF. Dan pembekal tidak perlu membuat bayaran proses kerana bayaran tersebut masih lagi sah selagi mana tidak lebih tempoh 60 hari penghantaran semula.

 

Penutup

Pembekal perlu memastikan semua maklumat dan dokumen yang dimuat naik ke dalam sistem adalah benar. Bukan itu sahaja, perlu juga tiada sebarang kesalahan bagi mengelakkan permohonan ditolak untuk kali kedua. Hal ini kerana, masih banyak pembekal yang tidak mengambil tindakan mengenai alasan penolakkan kali pertama dan menyebabkan permohonan itu ditolak untuk kali keduanya. Nasihat saya adalah jika pembekal tidak tahu bagaimana untuk uruskan pendaftaran ini, boleh hubungi pihak lesenkewangan2u.com atau hubungi kami di 011-70009624. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×