KELEBIHAN PENDAFTARAN MOF SECARA ONLINE

/
/
KELEBIHAN PENDAFTARAN MOF SECARA ONLINE

Isi Kandungan

Pendahuluan

Kita semua berada di zaman IR 4.0. Apa itu IR 4.0? IR 4.0 adalah Revolusi Industri Keempat yang membawa maksud automasi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang moden. Zaman ini ialah zaman digital dimana semua perkara lebih cenderung untuk menggunakan teknologi digital atau lebih dikenali sebagai “online” atau “atas talian”. Isi borang online, bayar saman online, nak order makanan pon online. Tetapi betul ke penggunaan online ini akan membawa banyak kebaikan? Mari saya senaraikan kebaikan-kebaikan pendaftaran MOF secara online.

Kebaikan Pendaftaran MOF Secara Online

Dapat Menjimatkan Masa

Kalau dulu, pendaftaran MOF wajib ke kaunter MOF. Anda perlu beratur dan bawa semua dokumen yang diperlukan. Tetapi, cara ini akan menyukarkan pemohon kerana sekiranya anda datang dari negeri lain. Perjalanan akan mengambil masa yang lama dan belum tentu dokumen yang dibawa itu lengkap. Selepas pegawai MOF menyemak dokumen dan jika ada dokumen tambahan diperlukan atau maklumat dokumen tersebut ada kesalahan, anda perlu patah balik pulang dan ambil semula dokumen tersebut. Sekarang, pendaftaran hanya secara atas talian, anda boleh lakukan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Menggunakan Perkhidmatan Pihak Ketiga

Selain itu, anda juga boleh minta wakil yang uruskan pendaftaran anda. Ada syarikat yang menggunakan perkhidmatan pihak ketiga kerana mereka terlalu sibuk menguruskan hal syarikat dan tiada masa untuk poendaftaran MOF. Kami dari lesenkewangan2u.com, menyediakan perkhidmatan pendaftaran baharu, pembaharuan, kemaskini profil MOF, sijil digital eperolehan dan sijil taraf bumiputera.Sekiranya anda berdaftar dengan kami, anda cuma perlu sediakan dokumen dengan lengkap sahaja. Proses semakan dokumen dan pendaftaran dalam sistem akan dilakukan oleh pegawai kami sehingga sijil diluluskan.

Mengurangkan Risiko 

Cuba anda fikir, anda sudah berada di kaunter MOF, kemudian pegawai tersebut daftarkan permohonan anda, dan anda pulang kerana anda fikir permohonan anda sudah berjaya. Tiba-tiba anda dapat panggilan, permohonan MOF anda telah gagal dan anda perlu kembali semula ke pejabat MOF kerana anda perlu lampir dokumen tambahan yang diperlukan. Jika anda anda buat permohonan secara atas talian, anda boleh monitor status permohonan anda pada bila-bila masa sahaja.

Penutup

Akhir kalam, terdapat pelbagai lagi kelebihan permohonan MOF secara atas talian kepada pembekal. Sekiranya anda berminat untuk kami menguruskan pendaftaran MOF anda secara atas talian, boleh hubungi kami di talian 01170009624 atau boleh juga isi maklumat di Borang Permohonan. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×