3 PERANCANGAN PERNIAGAAN YANG BAIK UNTUK BISNES ANDA

/
/
3 PERANCANGAN PERNIAGAAN YANG BAIK UNTUK BISNES ANDA

Isi Kandungan

Berniaga adalah bidang kerja yang sangat luas dan terdapat pelbagai kebaikan yang anda akan perolehi apabila menceburi bidang perniagaan. Melalui perancangan perniagaan yang baik, anda dapat mengembangkan produk anda sehingga diketahui orang ramai, anda dapat menambahkan sumber pendapatan, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam usahawan, meluaskan pasaran dan sebagainya. Pernah dengar B2C? B2C atau Business to Consumer adalah urusniaga antara peniaga dan pembeli individu.

 

 

CARA MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

 

Cara Untuk Perniagaan Berkembang Maju

Mempromosi Secara Atas talian

Dunia perniagaan sekarang menggunakan konsep E-Commerce atau dagangan atas talian kerana proses perniagaan ini lebih mudah dan lebih efisien. Sebagai contoh, anda memiliki bisnes makanan dan anda tidak mahu sewa gerai atau kedai untuk menjual produk anda. Jadi, anda boleh mempromosikan produk anda secara atas talian seperti Shopee, Tiktok Shop, Faceboo dan Ladzada. Platform media ini tidaklah percuma, anda tetap akan dikenakan caj atau keuntungan anda akan ditolak sedikit dari setiap barangan yang anda jual tetapi masih berbaloi kerana rangkaian sosial ini dikenali di serata dunia.

Perkenalkan Produk Kepada Kerajaan

Seterusnya, bagaimana cara untuk Kerajaan kenal produk atau perkhidmatan anda? Salah satu caranya ialah anda mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Melalui pendaftaran dengan MOF, anda dapat memasuki mana-mana Tender atau Sebut Harga dengan Jabatan Kerajaan. Terdapat banyak kod bidang yang boleh dimohon seperti pembersihan, penginapan, makanan, percetakan dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk untuk pembiayaan, kod bidang yang boleh dimohon ialah 090101 Bahan Binaan, 090102 Paip dan Kelengkapan dan 090201 Peralatan Keselamatan/Perabot Jalan Raya. Dengan adanya kod bidang ini, anda layak untuk memasuki mana-mana tender yang ditawarkan oleh Kerajaan. 

Mengadakan Pameran Produk

Selian itu, pameran adalah salah satu cara untuk produk anda lebih dikenali ramai. Kaedah ini, pelanggan boleh melihat produk anda secara bersemuka dan anda juga boleh menarik perhatian mereka dengan perkongsian yang lebih detail. Ketika program ini berlangsung, anda juga boleh mengadakan pertandingan seperti menjawab pertanyaan mengenai produk anda dan memberi hadiah kepada pemenang. Anda juga boleh meletakkan syarat seperti perlu mengikuti akaun media sosial seperti Facebook, Youtube dan Tiktok.

 

Rumusan

Terdapat pelbagai lagi cara untuk mengembangkan produk anda, apa yang anda perlu hanyalah usaha dan usaha. Jom daftar sijil kewangan MOF dengan kami hanya perlu isi maklumat di Borang Permohonan dan pegawai kami akan bantu anda menguruskan pendaftaran anda sehingga sijil anda diluluskan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×