Eperolehan mof merupakan sistem perolehan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Untuk pembekal yang berdaftar dengan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan secara atas talian.
Apa Itu Sijil Digital ePerolehan?
- Sijil Digital ePerolehan MOF merujuk kepada sijil digital yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kepada syarikat atau peniaga yang telah berdaftar di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia. Perolehan Kerajaan Malaysia adalah sistem di mana kerajaan Malaysia membuat pembelian barangan dan perkhidmatan dari peniaga-peniaga yang telah terdaftar di bawah sistem tersebut.
- Siji digital eperolehan berfungsi sebagai kunci untuk bertransaksi mengguna pakai sistem eperolehan bagi menjamin keselamatan. Sijil digital ini hanya dikeluarkan dalam bentuk nombor pin sahaja. Ia juga dibekalkan sekali dengan soalan keselamatan serta jawapan soalan keselamatan yang telah di setkan oleh pentadbir pembekal sendiri.
- Sijil Digital ePerolehan MOF adalah dokumen elektronik yang membuktikan bahawa syarikat atau peniaga tersebut adalah sah dan berdaftar sebagai pembekal di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia. Sijil ini biasanya diperlukan bagi mereka yang ingin menyertai rundingan tender atau menyediakan barangan serta perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia.
Syarat-Syarat Pendaftaran Sijil Digital
- Semua permohonan sijil digital hendaklah dipohon melalui atas talian sahaja dilaman portal eperolehan.
- Pembekal perlu mendaftar sama ada pendaftaran Akaun Asas atau pendaftaran akaun Kementerian Kewangan.
- Sekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.
- Pengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas atau Pendaftaran Kementerian Kewangan.
- Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat.
- Pemohon perlu mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.
- Dokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan
- Pihak Lesenkewangan2u.com akan memproses permohonan selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.
Rumusan
Sila hubungi kami di talian 011-7000 9624. Ataupun boleh mengisi borang permohonan untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pendaftaran dan syarat-syarat sijil digital eperolehan.