Daftar eperolehan ? Iaitu Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah memperkenalkan satu sistem elektronik sebagai inisiatif dan usaha untuk pembekal dan kontraktor berurusan berkaitan bekalan dan perkhidmatan dengan semua Agensi serta Jabatan Kerajaan iaitu ePerolehan atau lebih dikenali sebagai eP. Urusniaga ini juga terbuka untuk firma perunding, firma peguam, persatuan, koperasi, pertubuhan termasuk Sabah dan Sarawak. Sistem ini merupakan sistem atas talian (online) untuk membolehkan proses kerja yang lebih efektif dan komprehensif bagi pembekal, kontraktor dan Kerajaan.
Terdapat pelbagai fungsi di dalam sistem ePerolehan ini seperti pembukaan akaun asas MOF untuk pembekal yang berurusan dengan perolehan Kerajaan tidak melebihi RM20,000, pembukaan akaun MOF dengan tiada had nilai perolehan Kerajaan, Carian Katalog, senarai perolehan (Tender, Sebut Harga dan Pembelian Terus), penarafan Bumiputera dan sebagainya. Keperluan penggunaan sistem eP juga adalah untuk Agensi dan Jabatan Kerajaan yang ingin melantik pembekal dan kontraktor untuk membekalkan bekalan atau perkhidmatan kepada Kerajaan yang terlibat.
Antara kebaikan ePerolehan kepada pembekal ialah proses transaksi, pendaftaran dengan Kerajaan adalah secara atas talian. Hal ini, memudahkan interaksi antara kedua pihak melalui jarak jauh dan boleh dibuat pada bila-bila masa atau tempat. Pembekal juga boleh menjual dan mempromosikan produk serta perkhidmatan kepada Kerajaan hanya secara atas talian dan melalui cara ini dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Manakala, kebaikan kepada Kerajaan ialah proses kemaskini maklumat produk dan penyenaraian harga membantu pembeli dalam membuat pemilihan dengan betul. Pembelian dan pembayaran dapat diuruskan dengan cekap kerana proses pengesanan dan pengauditan boleh dilakukan di sistem ePerolehan. Melalui sistem ini juga dapat meningkatkan tahap kecekapan teknologi IT untuk sektor Kerajaan
Syarikat kami mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun mengurus permohonan syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Hubungi kami untuk kami membantu anda dalam pengurusan permohonan sijil MOF agar lebih mudah dan cepat.
Cara Daftar Sistem ePerolehan MOF Secara Online
Daftar lesen kewangan eperolehan mof kad memerlukan beberapa langkah dengan mengisi maklumat di laman web Lesenkewangan2u.com sehingga anda menerima kelulusan.
Ianya juga boleh dilakukan secara dalam talian setiap langkah yang diperlukan mudah difahami :
- Langkah 1: Isikan maklumat pada borang permohonan
- Langkah 2: Buat pembayaran dalam talian
- Langkah 3: Dokumen lengkap disertakan
- Langkah 4: Permohonan akan diproses
- Langkah 5: Menunggu kelulusan dalam sistem
- Langkah 6: Terima sijil MOF melalui emel
Mudah kan ? Dengan beberapa langkah sahaja anda berjaya memiliki sijil MOF yang disahkan untuk majukan syarikat anda.