PENDAFTARAN KOD BIDANG ICT MOF

/
/
PENDAFTARAN KOD BIDANG ICT MOF

Isi Kandungan

Pengenalan

Tahukah anda, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) juga mempunyai pelbagai jenis kod bidang ICT. Oleh itu, mana-mana pembekal yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan komputer layak membuat pendaftaran kod ICT MOF. Namun begitu pendaftaran kod ICT MOF ini mempunyai syarat-syarat tertentu bagi melayakkan sesebuah syarikat untuk mendaftar.

Syarat Pendaftaran

Syarikat pembekal perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang pekerja yang mempunyai kelayakan dalam bidang tersebut. Antara bidang yang diperlukan adalah Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Elektrik/Elektronik dan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Komputer/IT. Pekerja yang berkelayakan wajib dicarumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tiga (3) bulan yang terkini. Makluman tambahan tiga (3) orang  pekerja itu tidak termasuk pengarah atau pemilik syarikat.

Selain itu, syarikat juga perlu memastikan butiran kod bidang yang hendak dipohon berdaftar dalam jenis perniagaan pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hal ini dikhaskan pada syarikat yang berdaftar dibawah syarikat ROB seperti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad (PLT). Bagi syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) tiada masalah jika butiran kod bidang tidak berdaftar kerana syarikat ROC bebas untuk memilih kod bidang yg dipohon.

Jenis-Jenis Kod Bidang
  1. 210101 Hardware (low end technology) – Supply all types of computer hardware including PC, notebook, printers, document scanner, peripheral and maintenance
  2. 210102 Hardware (high-end technology) –  All types of server, mainframe, high-end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance
  3. 210103 Software – all computer software, operating system, database, off-the- shelf packages including maintenance.
  4. 210104 Software / system development including maintenance-data entry / data processing
  5. 210105 Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite)
  6. 210106 Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage/retrieval
  7. 210107 ICT security and maintenance (IDS, firewall, Encryption, PKI anti virus)
  8. 210108 Multimedia – products, services and maintenance (video conferencing, web cast, graphic design, animation)
  9. 210109 Hardware and software leasing / renting
Penutup

Jika anda memenuhi syarat-syarat untuk daftar kod bidang ICT ini dan ingin mendapatkan sijil MOF bagi merebut peluang untuk mendapatkan tender atau sebut harga kerajaan, boleh hubungi kami ditalian 01170009624. Anda juga disarankan untuk terus ke laman sesawang kami iaitu lesenkewangan2u.com  untuk mendapatkan khidmat konsultan kami berkaitan dengan pendaftaran lesen kewangan MOF.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×