Adakah anda merupakan sebuah perniagaan yang berhasrat untuk membuat pendaftaran kod bidang bengkel dengan KKM kerana syarikat menjalankan kerja-kerja bengkel agar dapat menyertai tender kerajaan? Namun anda tidak tahu kod bidang mana yang sesuai untuk perniagaan yang berasaskan bengkel?
Pengenalan
Pendaftaran lesen kewangan KKM sangat penting untuk perniagaan anda bagi memastikan anda dapat memasuki tender kerajaan. Kod bidang juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan jika ingin membuat pendaftaran MOF. Banyak kod bidang bengkel yang dikeluarkan oleh MOF yang anda boleh mendaftar.
Oleh itu, kami di Lesenkewangan2u.com ingin membantu anda untuk mengenalpasti kod bidang bengkel yang berkaitan dengan kerja-kerja bengkel supaya urusan pendaftaran lesen kewangan MOF dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang penolakan permohonan daripada pegawai pelulus MOF.
Jenis-Jenis Kod Bidang
Untuk makluman kod bidang bengkel ini merupakan kod bidang bersyarat atau lebih dikenali sebagai kod bidang khas. Kod bidang bersyarat merupakan kod bidang yang menjalankan aktiviti perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan kenderaan (kerja-kerja bengkel) sahaja. Anda perlu ketahui jenis-jenis kod bidang MOF (bengkel) dimana mempunyai empat kategori iaitu :
- Kod Bidang Perkhidmatan Penyelenggaraan Kenderaan (Udara/ Darat/ Laut) 220102 hingga 220112, 220703 hingga 220707 dan 220709.
- Kod Bidang Perkhidmatan Penyelenggaraan Kenderaan Pertahanan/ Keselamatan Negara (Udara/ Darat/ Laut) 220115 hingga 220124.
- Kod Bidang Perkhidmatan Penyelenggaraan Bot/ Kapal/ Barge/ Kapal Selam/ Jet Ski/ Sampan (limbungan dan tanpa limbungan) 220701.
- Kod Bidang Perkhidmatan Penyelenggaraan Kenderaan Pertahanan/ Keselamatan Negara (Bot/ Kapal/ Barge/ Kapal Selam/ Jet Ski) (limbungan dan tanpa limbungan) 220705 hingga 220714.
Syarat & Dokumen Yang Perlu Disediakan
Berikut merupakan syarat dan dokumen-dokumen yang wajib anda sediakan apabila membuat pendaftaran lesen kewangan MOF bagi kod bidang yang berasaskan bengkel. Dokumen wajib antaranya SSM, penyata akaun bank semasa, penyata dan resit KWSP, salinan kad pengenalan pemilik dan pekerja, salinan perjanjian sewa pejabat serta resit bayaran sewa. Manakala syarat wajib pula seperti dibawah.
- Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00
- Polisi insuran perlindungan bengkel dan kenderaan pelanggan (minima RM100,000.00)
- Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Senarai peralatan/kelengkapan bengkal/resit pembelian alatan (invois)
- Gambar mesin/peralatan dan bengkel
- Minimum 3 orang pekerja yang dicarumkan KWSP (2 Mekanik dan 1 Kerani)
Rumusan
Untuk makluman juga, pendaftaran kod bidang bengkel KKM memerlukan lawatan pengesahan daripada pegawai MOF di Putrajaya sebelum mendapatkan kelulusan. Jadi anda perlu bersedia menerima sebarang lawatan secara mengejut daripada pegawai tersebut kerana lawatan yang dijalankan nanti tidak akan dimaklumkan pada masa dan bila kepada anda.
Ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendaftaran kod bidang bengkel KKM? atau nak buat pendaftaran MOF dengan mudah dan cepat? Boleh terus hubungi kami ditalian 01170009624. Anda juga disarankan untuk terus ke website kami iaitu lesenkewangan2u.com untuk mendapatkan khidmat konsultan kami berkaitan dengan pendaftaran lesen kewangan MOF.