Pengenalan
Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sudah tidak asing lagi bagi setiap pembekal. Oleh itu, masih ramai pembekal yang masih keliru mengenai sijil kewangan MOF ini sama ada wajib untuk mendaftar ataupun tidak. Memiliki Lesen Kewangan MOF menunjukkan kepada pasaran dan pelanggan bahawa syarikat anda memenuhi standard kewangan dan kelayakan yang diperlukan oleh kerajaan.
Untuk pengetahuan para pembekal, lesen MOF ini sebenarnya wajib ada sekiranya syarikat ingin mendapatkan sebutharga atau tender daripada jabatan-jabatan Kerajaan. Ini kerana, lesen ini amat berguna kepada syarikat yang layak dapat sebutharga atau tender. Lesen Kewangan MOF membolehkan syarikat untuk bersaing dan mengambil bahagian dalam pelbagai projek dan kontrak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Ini termasuk peluang perolehan barangan, perkhidmatan, dan projek pembinaan yang penting untuk pembangunan negara.
Pembekal bukan sahaja akan dapat lesen MOF tetapi pembekal juga akan diberikan satu sistem iaitu sistem ePerolehan yang dicipta id log masuk dan kata laluan. Sistem ini akan membantu pembekal untuk melihat atau merebut peluang yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan.
Selain itu, pembekal juga akan dapat sijil digital eperolehan tetapi sijil ini tidak akan dikeluarkan dalam bentuk sijil ya. Hanya dikeluarkan dalam bentuk nombor pin sahaja. Dan nombor pin tersebut akan digunakan apabila pihak tender nak mengesahkan pembayaran dan digunakan untuk transaksi penerimaan pembayaran sahaja.
Bahkan pembekal juga boleh memohon sehingga 30 kod bidang maksima. Untuk makluman juga, kod bidang ini terbahagi kepada beberapa kategori dan pembekal perlu memastikan kod bidang yang dipohon itu hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bahagian jenis perniagaan bagi syarikat pembekal berstatus pemilikan tunggal, perkongsian atau pemilikan liabiliti terhad sahaja.
Rumusan
Kesimpulannya, pembekal mempunyai pilihan sama ada hendak mendaftar lesen MOF atau tidak tetapi diwajibkan mendaftar sekiranya pembekal ingin mendapatkan tender atau sebutharga yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan. Bahkan sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian syarikat dan value untuk syarikat. Hubungi kami lesenkewangan2u.com di talian 011-70009624 atau isi permohonan anda di Borang Permohonan untuk sebarang pertanyaan.