Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memang tidak asing lagi kedengaran di kalangan masyarakat sekarang. Tambahan pula, ekonomi sekarang memang tak menentu membuatkan rakyat semakin risau apa yang patut dilakukan untuk menambah sumber pendapatan. Adakah anda tahu bahawa banyak peluang perniagaan yang dapat anda perolehi jika anda berjaya membida tender kerajaan ini walaupun anda merupakan syarikat baru. Jom saya kongsikan tips untuk dapatkan tender kerajaan dengan pendaftaran sijil MOF yang anda telah lakukan.
Memenuhi Keperluan Produk Yang Diperlukan
Anda mestilah membuat persediaan awal untuk dibentangkan kepada pihak kerajaan. Menjadi tugas anda untuk menerangkan dengan lebih terperinci produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat anda. Perlulah diingatkan, persaingan untuk mendapatkan tender bukanlah mudah kerana anda juga perlu bersaing dengan syarikat lain. Tetapi jika tidak mempunyai keyakinan untuk membentangkan kepada pihak kerajaan, anda boleh mengupah individu yang lebih arif dan mahir dalam penulisan dan mengemukakan kertas cadangan tender. Hal ini untuk memastikan, kertas cadangan tender anda ditulis dengan baik untuk bersaing dengan syarikat lain.
Mengasah Kemahiran dan Pengalaman
Terdapat peraturan yang perlu anda ikuti sekiranya ingin mendapatkan kontrak kerajaan. Jadi, anda perlulah mencari sumber-sumber yang dipercayai untuk membantu anda supada anda berupaya menangani setiap isu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pendekatan yang anda boleh ambil seperti melalui pembacaan, panduan atau rujukan bagi membantu anda mendalami proses-proses untuk mendapatkan tender kerajaan.
Memilih Tender Yang Bersesuaian
Setiap tender atau sebut harga yang ditawarkan oleh pihak kerajaan adalah berbeza. Tindakan yang anda mesti lakukan adalah memilih tawaran yang bersesuaian dengan produk yang anda sediakan. Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan syarat dokumen yang anda perlu ada untuk mendapatkan tender tersebut. Terdapat tender yang ditawarkan untuk syarikat yang mempunyai sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sahaja. Terdapat juga ditawarkan untuk syarikat yang mempunyai sijil kewangan MOF dan sijil taraf bumiputera. Jadi, anda hendaklah betul-betul telah memilih tender yang bersesuaian dengan apa yang syarikat anda miliki.
Sudahkah anda mempersiapkan diri dan syarikat anda? Ketahui lebih lagi TIPS UNTUK MENDAPATKAN TENDER KERAJAAN ? Jadi jom mohon sijil kewangan MOF untuk membolehkan anda memohon tender atau sebut harga kerajaan. Hubungi kami di talian 011 7000 9624 untuk maklumat lebih lanjut.