TIPS MOF : BINA PERNIAGAAN BARU DI MALAYSIA

/
/
TIPS MOF : BINA PERNIAGAAN BARU DI MALAYSIA

Isi Kandungan

Pengenalan

Masyarakat sekarang ramai mencari peluang untuk menambah sumber pendapatan disebabkan oleh ekonomi yang tidak menentu. Berniaga adalah salah satu cara utama atau sampingan untuk menyelamatkan diri dan keluarga dari masalah kewangan. Media sosial adalah salah satu platform yang pantas dan mudah untuk berniaga. Tetapi adalah boleh jika anda memulakan sesuatu perniagaan tanpa sebarang ilmu? Selain memohon sijil MOF untuk perniagaan ataupun servis yang tawarkan khususnya di Malaysia. Jom saya kongsikan beberapa tips untuk bina perniagaan baharu.

 

Dapatkan Pengalaman Perniagaan Terlebih Dahulu

Mencari maklumat berkaitan perniagaan bukanlah sesuatu yang sukar pada zaman terkini. Terdapat pelbagai cara untuk mencari informasi berkaitan tips melangkah ke alam perniagaan seperti kursus usahawan, bacaan di laman sosial dan terbitan buku. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil tips dari kisah-kisah daripada usahawan tempatan mahupun luar negara sebagai sumber inspirasi untuk membangunkan sesuatu perniagaan.

 

Mengkaji Perniagaan Yang Ingin Disediakan

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu menggunakan konsep 4 W iaitu What and Why? Where? When

What and Why? Apakah perniagaan yang anda nak bina? Anda perlu melihat dan mengkaji apakah permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat sekarang dan kenapa perlu adanya perniagaan tersebut. Sebagai contoh, kerajaan telah membina digital roadtax agar tiada lagi isu kerosakan cermin kenderaan motokar. Melalui cara ini, anda akan memudahkan anda mendapat idea untuk memulakan perniagaan.

Where? Mencari tempat yang strategik adalah sangat penting untuk mendapatkan target market yang sesuai. Sebagai contoh, carilah tempat untuk membina syarikat anda di kawasan yang menjadi tumpuan umum dan perkhidmatan yang disediakan itu masih tiada dibangunkan disitu. Cara ini menjadikan anda adalah satu-satunya syarikat yang membekalkan bekalan tersebut disitu dan sekaligus meningkatkan keuntungan syarikat anda.

When? Bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan perniagaan? Sebaiknya awal tahun kerana ia akan memudahkan anda untuk melihat cashflow kewangan syarikat. Sekiranya ingin memulakan perniagaan, jangan fikir negatif pada diri sendiri. Jika berfikir negatif, maka sampai bila pun kita tidak akan mengambil langkah pertama. 

 

Pengambilan Pekerja

Mencari pekerja yang sesuai dengan perkhidmatan yang anda sediakan akan membantu anda untuk mendapatkan idea-idea yang bernas. Pekerja-pekerja ini juga akan membantu anda untuk menaikkan sales syarikat. Akan tetapi perlulah diingatkan, carilah pekerja yang akan memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap tugasan yang diberi dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan dalam perniagaan yang anda ingin bangunkan. Pilihan pekerja yang mempunyai kelulusan yang berkaitan perniagaan juga memudahkan urusan untuk membuat sijil kewangan dengan sesetengah kid bidang yang ditawarkan MOF Malaysia.

 

Nama Syarikat Yang Sesuai

Nak menjadi usahawan, anda perlulah mengenal pasti produk atau perkhidmatan apa yang hendak dijual. Jika anda seorang yang mahir dalam kerja-kerja mekanikal, anda mungkin boleh membuka kedai bengkel untuk penyelenggaran atau pembaikan kenderaan seperti kereta, motosikal dan kenderaan berat. Selain itu, anda perlulah memilih nama syarikat yang sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan dan mudah diingati oleh pembeli.

 

Penutup

Akhir kata, kami dari lesenkewangan2u.com mendoakan agar usaha pembekal yang ingin membina sebuah syarikat dan perniagaan dipermudahkan urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×