SYARAT PENDAFTARAN KOD BIDANG TRAVEL AGENCY

/
/
SYARAT PENDAFTARAN KOD BIDANG TRAVEL AGENCY

Isi Kandungan

Syarat Pendaftaran Kod Bidang Travel Agency 221307

SYARAT PENDAFTARAN AGEN PENGEMBARAAN 221307

 

Untuk syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti travel agency. Mempunyai kod bidang yang boleh dipohon iaitu kod bidang travel agency (ejen pengembaraan 221307). Namun begitu, bagi mendapatkan kod ini syarikat perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

MOF telah menetapkan modal berbayar atau terkumpul yang perlu ada oleh syarikat travel agensi ini untuk mendaptakan kod bidang tersebut ialah RM50,000.00. Jika modal yang ditetapkan oleh syarikat mencukupi pendaftaran kod ini tidak dapat diteruskan. Kod bidang ini juga telah mewajibkan ke atas syarikat yang dikuasai oleh 100% bumiputera. Tidak dibenarkan ke atas syarikat yang bukan bumiputera atau syarikat francaisi. Kepada francaisor bukan bumiputera juga tidak dibenarkan untuk memohon bidang ini.

Syarikat hendaklah mempunyai lesen Akta Industri Pelancongan 1992 yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan pelancongan dalam negeri, perniagaan pelancongan luar negeri dan perniagaan ejen pengembaraan. Syarikat juga diwajibkan untuk menggunakan salah satu aplikasi sistem ticketing yaitu sama ada sistem ticketing AMEDEUS, SABRE atau GALILEO selain daripada diwajibkan untuk mematuhi syarat-syarat Inbound sahaja.

Selain itu, caruman KWSP bagi pekerja yang diisytiharkan dalam sistem eP. Tidak termasuk pemilik/pengarah juga salah satu syarat yang wajib disediakan. Bagi syarikat yang ingin memohon bidang ini. Syarikat juga perlu kemukakan peta lakar yang lengkap dan jelas dari jalan utama ke premis dengan mercu tanda dan nama jalan yang mudah dikenalpasti. Hal ini kerana bidang ini memerlukan lawatan pengesahan termasuk taraf bumiputera. Oleh itu, syarikat perlu ada sijil taraf bumiputera dahulu baru dibolehkan untuk mendaftar bidang ini. Bidang ini juga memerlukan syarikat untuk mengemukakan gambar papan tanda kekal. Gambar luar dan dalam premis perniagaan dan peralatan di dalam syarikat. 

 

Rumusan

Kesimpulannya, syarikat yang menjalankan perniagaan pelancongan masih boleh mendaftar sijil Kementerian Kewangan Malaysia sekiranya semua syarat pendaftaran agen pengembaraan 221307 yang diperuntukkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia dapat dipenuhi dan dilengkapkan tanpa sebarang masalah. Jika ingin mengetahui lebih lanjut syarikat yang berminat boleh hubungi talian kami di 011-7000 9426.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×