Pendahuluan
Tahukah anda ? Pembekal yang menjalankan kegiatan perniagaan berkaitan bengkel yang melibatkan penyelenggaraan kenderaan samada udara, darat atau laut juga boleh mendaftar sijil MOF dengan Kementerian Kewangan Malaysia melalui kod bidang bengkel. Pendaftaran ini boleh dibuat melalui secara atas talian sahaja dan tidak perlu susah ke pejabat MOF di Putrajaya.
Namun begitu untuk pendaftaran ini syarikat perlu menyediakan beberapa dokumen utama syarikat dan juga mematuhi syarat-syarat pendaftaran ko bidang bengkel ini. Di dalam senarai MOF, syarikat boleh mendaftar kod-kod bidang yang melibatkan penyelenggaraan kenderaan dan kod yang berkaitan. Ada pelbagai pilihan kod bidang yang boleh dimohon bergantung kepada jenis perniagaan yang didaftarkan. Syarikat boleh memilih 30 kod bidang maksima.
Syarat-Syaratnya
Berikut disenaraikan syarat-syarat yang perlu di patuhi untuk pendaftaran kod bidang bengkel (220101-220112).
- Modal berbayar atau terkumpul di dalam syarikat hendaklah tidak kurang daripada RM 50,000.00. Ini bermakna syarikat perlu kemukakan penyata akaun bank semasa syarikat yang berbaki tidak kurang daripada jumlah tersebut. Sila pastikan penyata akaun tersebut adalah bulan yang terkini dan aktif.
- Syarikat wajib kemukakan dokumen seperti polisi insuran perlindungan bengkel dan kenderaan pelanggan minima RM 100,000.00 dan memastikan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih sah tempoh laku. Serta berdaftar pada alamat yang sama seperti di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat juga perlu senaraikan jenis peralatan yang digunakan di dalam bengkel beserta segala kelengkapan bengkel untuk dihantar ke MOF. Perlu ada gambar mesin atau peralatan, mempunyai papan tanda kekal, gambar luar dan dalam bengkel yang jelas.
- Selain itu, syarikat perlu kemukakan penyata caruman KWSP bagi pekerja yang diisytiharkan dalam sistem ePerolehan tidak termasuk pemilik atau pengarah syarikat. Hendaklah menyediakan peta lakar yang lengkap dan jelas dari jalan utama ke premis dengan mercu tanda dan nama jalan yang mudah dikenalpasti.
- Pembekal juga perlu tahu, bahawa permohon sijil MOF ini memerlukan lawatan pengesahan yang akan dibuat oleh pegawai-pegawai MOF ke premis perniagaan atau bengkel sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh kelulusan ini juga memakan masa 1-2 bulan bergantung kepada pegawai MOF yang meluluskan pendaftaran ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, mana-mana syarikat yang berminat untuk mendaftar sijil MOF terutama bagi pendaftaran kod bidang bengkel, boleh dapatkan khidmat konsultan kami. Kami di lesenkewangan2u.com akan membantu anda untuk mendapatkan sijil MOF tersebut sehingga berjaya.