SYARAT DAFTAR MOF SYARIKAT PERUNDING ataupun lebih jelas lagi PENDAFTARAN SIJIL KEWANGAN MOF BAGI SYARIKAT PERUNDING yang merupakan terdapat dua permohonan untuk sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) iaitu;
Terbuka untuk syarikat kontraktor dan perunding. Firma perunding hendaklah diperbadankan di Malaysia samada berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftaran Perniagaan (ROB) atau Pendaftaran Syarikat (ROC) atau Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad atau Lembaga Ikhtisas masing-masing. Permohonan bagi syarikat perunding juga adalah sama seperti syarikat kontraktor tetapi terdapat beberapa syarat khusus bagi pendaftaran sesebuah firma perunding. Manakala, di Sabah dan Sarawak pula perlu berdaftar dengan pihak berkuasa yang mendaftarkan firma anda di Sabah dan Sarawak.
Syarat Dokumen Daftar MOF
Ketahui dokumen wajib yang perlu disediakan oleh syarikat perunding bagi memastikan permohonan pendaftaran MOF ini lengkap dan lulus dengan cepat. Antara dokumen wajib ialah :
- Salinan SSM Borang D/E atau Borang 9
- Salinan sijil pendaftaran syarikat dan pemilik/pengarah dengan badan professional
- Penyata akaun bank semasa
- Salinan Ijazah/Diploma pemilik/pengarah, kakitangan professional, semi-professional dan kerani
- Salinan CV pemilik/pengarah, kakitanga professional, semi-professional dan kerana
- Borang pengesahan penandatangan cek daripada bank
- Penyata dan resit bayaran caruman KWSP
- Peta lakar syarikat
- Perjanjian sewa premis/dokumen hak milik/geran
Syarat Permohonan MOF
Antara syarat-syarat untuk permohonan sijil kewangan MOF bagi firma perunding ialah ;
- Syarikat tersebut mestilah mempunyai modal terkumpul atau berbayar minimum RM50,000 dan mempunyai penyata akaun bank syarikat yang masih aktif.
- Selain itu, pejabat maya (virtual office), rumah kediaman, gerai dan sebagainya tidak dibenarkan sekiranya anda ialah syarikat perunding. Hal ini kerana, tempat-tempat berkenaan tidak bersesuaian untuk beroperasi sebagai firma perunding yang profesional. Oleh itu, anda perlulah mempunyai pejabat yang sah samada disewa atau dimiliki sendiri sebagai tempat beroperasi.
- Seterusnya, firma perunding juga perlulah mempunyai kakitangan yang dilantik sebagai profesional, semi-profesional dan kerani yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon.
Kesimpulannya
Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan untuk syarikat perunding agak berbeza dengan syarikat kontraktor seperti sijil kelayakan, salinan curricular vitae (CV) dan sebagainya. Adakah anda merupakan sebuah syarikat perunding yang masih belum mendaftar sijil kewangan disebabkan tidak tahu bagaimana proses pendaftaran ini dilakukan?
Walau bagaimanapun, jangan risau, peranan kami Lesenkewangan2u.com sebagai syarikat konsultan akan bantu memudahkan pendaftaran anda dimana anda hanya sediakan dokumen dan proses pendaftaran kami yang akan uruskan sehingga sijil anda diluluskan. Hubungi kami di talian 011-70009624 atau isi permohonan anda di Borang Permohonan untuk sebarang pertanyaan.
2 Responses
Soalan sy sekarang berkhidmat dengan Perunding A dan sekiranya saya ingin bersama dengan Perunding B apakah syarat dan Prosedur yang perlu saya patuhi.
Terima kasih
Hi, Tuan Muhammad Shariff. Boleh hubungi kami di 011-70009624 untuk sesi pertanyaan yang lebih jelas dan terperinci. Terima Kasih