SIJIL MOF ALAMAT RUMAH ?

/
/
SIJIL MOF ALAMAT RUMAH ?

Isi Kandungan

Sijil MOF Alamat Rumah? Bolehkah syarikat memohon sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)? Sekiranya syarikat beroperasi di rumah sahaja? Jawapannya, boleh.

Hal ini kerana, syarat utama bagi permohonan sijil kewangan MOF ialah syarikat mestilah mempunyai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), melampirkan salinan kad pengenalan dan telah membuka akaun bank syarikat. 

 

Sijil MOF Alamat Rumah Perlu Apa?

  • Setiap maklumat pendaftaran yang ingin diisytiharkan di MOF akan berdasarkan maklumat yang didaftarkan di SSM.
  • Sebagai contoh, pendaftaran kod bidang MOF akan berdasarkan jenis perniagaan yang didaftarkan di SSM dan kod bidang tersebut mestilah kod bidang yang dikhaskan untuk syarikat yang beroperasi di rumah sahaja. Selain itu, syarikat juga mestilah telah membuka akaun bank syarikat dan mestilah berbaki minimum RM2500. Jika anda gagal berbuat demikian, permohonan anda akan ditolak oleh pihak MOF.

Keistimewaan Sekiranya Anda Memiliki Sijil Kewangan MOF ini,

  • Syarikat juga boleh membuat permohonan sijil taraf bumiputera sekiranya beroperasi di rumah dan terdapat pertambahan dokumen yang diperlukan sekiranya permohonan dibuat.
  • Sama seperti syarikat yang beroperasi di pejabat, pihak MOF juga akan membuat lawatan ke premis syarikat yang beroperasi di rumah bagi setiap permohonan sijil taraf bumiputera.
  • Tempoh kelulusan sijil ini akan mengambil lebih masa berbanding sijil kewangan MOF iaitu satu hingga dua bulan.

mof alamat rumah

Kesimpulannya

Anda perlu memohon lesen MOF ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran tersebut. Malah ianya juga dapat memudahkan urusan syarikat anda untuk menyertai sebutharga/tender kerajaan.  Sebenarnya lesen MOF ini sangat penting untuk syarikat anda sekiranya anda ingin menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, syarikat anda wajib ada sijil MOF berurusan dengan jabatan kerajaan. Malah sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian dalam syarikat anda di masa akan datang.

 

Untuk Maklumat Lanjut;

Dapatkan khidmat nasihat & servis yang disediakan oleh Lesenkewangan2u.com untuk memudahkan urusan pendaftaran syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia & Eperolehan.  Untuk tahu bagaimana cara-cara untuk mendapatkan sijil kewangan MOF tanpa perlu anda yang uruskan. Boleh isi maklumat syarikat anda di Borang Permohonan atau terus hubungi kami di talian 011-70009624 dan kami akan bantu anda sehingga permohonan anda diluluskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×