Pengenalan
Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) adalah satu bentuk dokumen sijil yang dikeluarkan oleh MOF untuk syarikat atau perniagaan yang ingin berurus niaga dengan sektor perkhidmatan awam. Di zaman era digital ini, semua permohonan sijil kewangan MOF adalah secara atas talian (online) dan pemohon tidak perlu ke pejabat MOF untuk membuat pendaftaran. Semakan dokumen yang telah diluluskan juga hanya dikeluarkan dalam bentuk softcopy dan pemohon perlu cetak sendiri sekiranya ingin sijil MOF tersebut dalam bentuk salinan hardcopy.
Siapakah Yang Layak Memohon Sijil MOF?
Antara organisasi yang layak untuk memohon sijil ini ialah syarikat, perniagaan, pertubuhan, koperasi, persatuan dan firma perunding.
Semua organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Ikhtisas atau Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad atau Lembaga Ikhtisas (Badan Profesional) termasuk Sabah dan Sarawak. Apa yang anda perlu tahu sekiranya anda tersenarai dari syarikat-syarikat tersebut?
Bagi syarikat dan perniagaan, anda hendaklah telah berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi semenanjung Malaysia. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak perlulah berdaftar dengan pihak berkuasa yang mendaftarkan syarikat di Sabah dan Sarawak. Kelebihan bagi syarikat (sendirian berhad/berhad) dan perniagaan (pemilikan tunggal/perkongsian) ini, anda boleh beroperasi samada di pejabat atau di rumah. Tetapi perlu diambil tahu. Terdapat beberapa kod bidang tertentu yang memerlukan pejabat untuk beroperasi seperti kod bidang ICT, hotel/chalet, jentera berat dan percetakan. Pejabat ini tidak terhad kepada pejabat persendirian sahaja, boleh juga pejabat perkongsian (so-working space) dan sebagainya.
Bagi firma perunding dikehendaki mengemukakan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Ikhtisas (badan profesional) untuk menjalankan kerja-kerja perundingan. Sebagai mematuhi Akta yang dikeluarkan oleh Lembaga Ikhtisas berkaitan. Bagi firma perunding, adalah wajib mempunyai pejabat dan tidak dibenarkan sama sekali beroperasi menggunakan premis setiausaha syarikat, rumah kediaman, pasar, gerai dan pejabat syarikat percukaian.
Kesimpulan
Selepas membuat semakan, jika anda merasakan syarikat anda ini layak mendaftar Sijil MOF dan CIDB ? Anda boleh menghubungi kami di talian 011 7000 9624 dengan segera bagi mendapatkan khidmat daripada pegawai terlatih kami. Pegawai kami akan membantu anda untuk menguruskan permohonan sehingga lulus.