RENEWAL MOF : KENAPA MEMILIH KAMI ?

/
/
RENEWAL MOF : KENAPA MEMILIH KAMI ?

Isi Kandungan

PERKHIDMATAN MOF KAMI 

Sijil Kementerian Kewangan Malaysia atau lebih dikenali sebagai sijil MOF/ePerolehan menjadi rebutan bagi setiap individu yang ingin berurusan dengan Kerajaan. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya anda mempunyai sijil ini. Antaranya ialah syarikat anda akan dikenali oleh mana-mana agensi kerajaan kerana nama syarikat anda telah berdaftar dengan MOF. Bukan itu sahaja, sekiranya anda rajin muat naik katalog di sistem ePerolehan, anda akan terima banyak tawaran Tender atau Sebut Harga yang disediakan oleh jabatan dan agensi Kerajaan.

 

Perkhidmatan Yang Kami Sedia

Adalah pendaftaran baharu sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF/KKM). Entiti perniagaan yang layak berdaftar dengan MOF adalah Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian (enterprise/resources/trading). Selain itu, seperti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP), syarikat sendirian berhad (sdn bhd/bhd), firma perunding, persatuan, koperasi dan pertubuhan. Dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran baharu seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata akaun bank syarikat yang masih aktif dan salinan kad pengenalan kakitangan syarikat. Setiap sijil MOF adalah sah digunakan sehingga 3 tahun. Bagi setiap syarikat yang telah berdaftar dengan MOF sebaiknya memohon permohonan sijil digital eperolehan juga. Hal ini kerana, ianya bertindak sebagai tandatangan digital untuk pelaksanaan pengesahan dokumen dan pembayaran dengan jabatan kerajaan secara atas talian di sistem ePerolehan.

Seterusnya, Pembaharuan (renewal) sijil kewangan MOF. Sijil kewangan MOF ini perlu dilakukan seawal 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh atau selewat-lewatnya 1 tahun selepas tarikh luput pendaftaran. Sekiranya melebihi dari tempoh yang dinyatakan. Sijil kewangan MOF anda akan terbatal secara automatik dan dikehendaki membuat permohonan pendaftaran baharu semula. Adakah lampiran dokumen pembaharuan sama dengan dokumen pendaftaran baharu? Tidak. Dokumen tambahan akan diperlukan seperti perjanjian sewa premis atau surat kebenaran pemilik premis, caruman KWSP bagi syarikat yang beroperasi di pejabat dan sebagainya. Tempoh sah sijil selepas pembaharuan juga adalah 3 tahun.

 

Hubungi Kami

Selanjutnya boleh ke bahagian kedua untuk lebih berkenaan perkhidmatan kami https://lesenkewangan2u.com/

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×