PUNCA PERMOHONAN MOF LESEN (LICENSE) DITOLAK

/
/
PUNCA PERMOHONAN MOF LESEN (LICENSE) DITOLAK

Isi Kandungan

Punca-Punca Permohonan License MOF Ditolak

Anda penat permohonan sijil atau lesen (license) kewangan MOF sering ditolak ? Runsing dan tak tahu bahagian mana lagi untuk memperbetulkan sijil kewangan MOF anda yang telah ditolak? Dokumen-dokumen yang dilampirkan juga tidak dapat diluluskan? Pendaftaran sijil kewangan MOF memang agak rumit dan mencabar. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh  Kementerian Kewangan Malaysia.

Jadi apa punca berlakunya penolakan permohonan sijil kewangan MOF? Antaranya ialah maklumat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak selari dengan maklumat yang diisytiharkan di sistem Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Selain itu, lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilampirkan adalah tidak aktif dan maklumat yang diisyitharkan di MOF tidak selari dengan maklumat di lesen PBT. Syarat terbaru untuk memohon sijil kewangan MOF, setiap syarikat yang berdaftar dengan alamat pejabat di SSM hendaklah mempunyai lesen pbt. Kegagalan melampirkan dokumen tersebut akan menyebabkan permohonan anda ditolak.

Bukan itu sahaja, terdapat syarikat yang melampirkan penyata akaun personal ketika membuat permohonan. Jika anda berbuat demikian, permohonan anda akan ditolak serta merta kerana antara syarat-syarat permohonan sijil kewangan MOF ialah anda hendaklah melampirkan penyata akaun syarikat dan mempunyai baki minimum RM2500. Jika baki minimum penyata akaun syarikat anda kurang daripada RM2500, anda tidak boleh isytihar maklumat anda di sistem ePerolehan. Manakala, bagi syarikat Sdn Bhd pula, anda hendaklah mempunyai Annual Return Section 68 dengan modal berbayar saham minimum RM2500 bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi 1 tahun.

 

Kesimpulan

Berikut adalah serba sedikit maklumat yang dapat kami kongsikan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus hubungi kami di talian lesenkewangan2u.com atau  011-70009624. Hanya dengan mengisi borang permohonan di laman web kami, lesenkewangan2u.com kami akan uruskan permohonan anda dalam masa 24 jam sahaja bergantung kelulusan. Anda nak dapatkan khidmat nasihat untuk daftar sebagai pembekal MOF yang sah? Whatsapp kami sekarang untuk maklumat lanjut!

Sekian, Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×