PERSEDIAAN MENERIMA LAWATAN TAPAK MOF

/
/
PERSEDIAAN MENERIMA LAWATAN TAPAK MOF

Isi Kandungan

tapak mof

Pendahuluan

Bagi pembekal yang mendaftar lesen kewangan yang memerlukan lawatan tapak oleh pegawai MOF seperti pendaftaran bumiputera, permohonan kod bidang pembuat dan kod bidang bengkel. Untuk makluman para pembekal, lawatan tapak yang akan dibuat oleh pegawai MOF ini adalah secara mengejut dan tidak akan dimaklumkan bila dan masa lawatan dibuat. Oleh itu, apakah persediaan anda untuk menerima lawatan ini secara mengejut bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Persediaan Lawatan Tapak MOF

Perlu Pastikan Pejabat Tidak Bertutup Pada Hari Bekerja

Umumnya pembekal sudah tahu lawatan tapak akan dibuat pada hari bekerja sahaja dan perlu pastikan pejabat atau premis perniagaan beroperasi pada waktu itu. Hal ini kerana, banyak permohonan ditolak disebabkan oleh premis perniagaan didapati bertutup semasa lawatan dibuat oleh pegawai MOF atau PKK. 

Pastikan Premis Atau Pejabat Sentiasa Ada Orang

Pembekal dinasihatkan untuk memastikan premis perniagaan atau pejabat sentiasa ada orang sama ada pekerja mahupun pemilik atau pengarah syarikat. Hal ini, bagi mengelakkan pegawai MOF menolak permohonan kerana tiada orang di dalam premis semasa lawatan tapak dilakukan. Pembekal juga perlu pastikan bahawa orang yang berada di dalam premis tersebut adalah orang yang bekerja dengan syarikat seperti mana yang diisytiharkan di dalam sistem eperolehan, bagi mengelakkan kekeliruan maklumat.

Menyediakan Dokumen Pendaftaran Syarikat Yang Lengkap

Sebelum pegawai MOF datang ke syarikat membuat lawatan, pembekal perlu pastikan semua dokumen salinan yang dimuat naik di dalam sistem eperolehan adalah sama dengan dokumen asal syarikat. Perlu mengumpul semua dokumen yang dihantar itu ke dalam satu fail bagi memudahkan urusan pegawai untuk menyemak semasa lawatan dibuat. Sila pastikan semua maklumat adalah benar dan disahkan seperti mana yang diisytiharkan. Pembekal perlu pastikan semua fail- fail di dalam syarikat disusun dan teratur. 

Keadaan Premis Perniagaan Hendaklah Kemas Dan Teratur

Sebelum menerima lawatan daripada pegawai, pembekal perlu pastikan keadaan didalam premis perniagaan semua kemas dan teratur serta sejuk mata memandang. Jika syarikat mempunyai banyak fail sila pastikan semuanya disusun dengan kemas dan teratur. Ruang pejabat juga perlu bersih dan tidak kosong seperti premis yang tiada penghuni bagi mengelakkan sebarang penipuan dalam permohonan. Ruang pejabat tidak boleh berkongsi dengan pejabat lain.

Penutup

Kesimpulannya, bagi mengelakkan permohonan ditolak semasa lawatan dibuat, pembekal hendaklah sentiasa bersedia dari sebelum lawatan dibuat dan juga semasa lawatan diterima. Jangan membuat sebarang perubahan maklumat syarikat selagi mana syarikat tidak menerima lawatan oleh pegawai. Tidak perlu mengemaskini dokumen-dokumen utama syarikat sebelum permohonan diluluskan. Jika ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh hubungi team kami di laman sesawang lesenkewangan2u.com  atau di talian 011-70009624 dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×