PERKARA PENTING PENDAFTARAN LESEN KEWANGAN MOF

/
/
PERKARA PENTING PENDAFTARAN LESEN KEWANGAN MOF

Isi Kandungan

Perkara-Perkara Yang Penting Ketika Membuat Pendaftaran Lesen Kewangan MOF?

Kebanyakkan syarikat atau pembekal memerlukan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kadar segara. Kerana ingin memasuki tender atau sebut harga dari pihak kerajaan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Amat rugi sekiranya mereka melepaskan peluang tersebut.

Tetapi, ketika proses permohonan ada sahaja masalah yang dihadapi seperti penolakan permohonan dan kekurangan dokumen. Hal ini, menyebabkan proses pendaftaran lesen kewangan MOF menjadi panjang sehingga terpaksa melepaskan peluang sebut harga tersebut. 

 

Dokumen-Dokumen Yang Sah

Anda hendaklah memastikan setiap dokumen-dokumen yang dilampirkan adalah benar dan tidak memalsukan maklumat-maklumat yang diperlukan. Sebagai contoh, dokumen lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) mestilah telah mendapat pengesahan dari pihak majlis daerah atau majlis perbandaran. Jika anda memalsukan dokumen tersebut dan anda membuat pengisytiharan di MOF, lesen kewangan MOF anda akan ditarik balik dan anda akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

Personel Yang Diberi Kuasa

Wakil yang telah dilantik sebagai personel yang diberi kuasa telah terpilih mewakili syarikat untuk menguruskan tender atau sebut harga dengan pihak kerajaan. Termasuk juga yang kayak untuk menghadirkan diri ke taklimat atau lawatan tapak tender. Pastikan wakil yang dilantik itu yang paling dipercayai oleh syarikat bagi mengelakkan berlakunya masalah ketika urusniaga dengan pihak kerajaan sedang berjalan. Kadar maksimum yang syarikat anda boleh lantik ialah 10 orang penama sahaja.

 

Pemilihan Kod Bidang

Pemilihan kod bidang antara perkara yang penting ketika anda ingin memohon sijil kewangan MOF. Anda perlu memastikan kod bidang MOF yang anda ingin daftarkan mestilah selari dengan jenis perniagaan yang anda daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perlulah diingatkan, untuk individu yang memiliki lebih dari satu syarikat yang berdaftar dengan lesen kewangan MOF tidak boleh memohon kod bidang yang sama.

 

Untuk bantuan

lesen mof

 

Untuk maklumat lebih lanjut, Disini kami dari lesenkewangan2u.com ingin menerangkan beberapa perkara penting yang perlu diambil tahu oleh setiap pembekal. Boleh lakukan rujukan pada website kami di lesenkewangan2u.com . Atau boleh isi maklumat syarikat anda di Borang Permohonan atau terus hubungi kami di talian 011-70009624.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×