PERBEZAAN DOKUMEN MOF SDN BHD DAN ENTERPRISE

/
/
PERBEZAAN DOKUMEN MOF SDN BHD DAN ENTERPRISE

Isi Kandungan

Pendahuluan

Pendaftaran Syarikat atau dikenali sebagai Register of Company (ROC) ialah syarikat sendirian berhad (sdn bhd) atau berhad (bhd) yang diperbadankan di bawah jenis syarikat liabiliti terhad. Manakala, bagi pendaftaran Perniagaan atau Register of Business (ROB) ialah syarikat enterprise atau resources, iaitu organisasi perniagaan yang bertujuan memaksimumkan keuntungan dan merupakan entiti perniagaan yang popular di negara kita. Terdapat perbezaan lampiran dokumen yang diperlukan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi pendaftaran sijil kewangan MOF untuk syarikat sdn bhd dan enterprise. Bagi syarikat sdn bhd, anda perlu menyediakan dokumen yang lebih banyak berbanding syarikat enterprise kerana maklumat yang diperlukan untuk syarikat sdn bhd lebih teliti.

 

Dokumen Pendaftaran Sdn Bhd

  • Borang 9 atau borang 13
  • Resolusi penandatangan cek yang disahkan benar oleh setiausaha syarikat
  • Annual return 68 berbaki minimum RM2500
  • Salinan kad pengenalan semua pengarah dan pemilik syarikat
  • Salinan kad pengenalan pekerja

 

Dokumen Pendaftaran Enterprise

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penyata akaun bank syarikat berbaki minimum RM2500
  • Salinan kad pengenalan semua pengarah dan pemilik syarikat
  • Salinan kad pengenalan pekerja

 

Dokumen-dokumen ini perlu lengkap dari segi muka surat yang cukup, paparan maklumat perlu jelas (tidak kabur) dan benar (tidak dipalsukan). Hal ini kerana, pegawai pelulus MOF sangatlah teliti dalam menyemak dokumen dan maklumat yang dilampirkan. Sekiranya anda melampirkan dokumen yang tidak lengkap. Peratusan untuk permohonan MOF anda ditolak adalah tinggi dan jika anda memalsukan dokumen, anda akan dikenakan tindakan tatatertib oleh MOF.

 

Untuk Bantuan

Jangan risau, jangan khuatir, kami dari lesenkewangan2u.com akan sedia untuk membantu anda menyemak semua dokumen dengan lengkap. Kami juga akan memberi cadangan dan khidmat nasihat berdasarkan pengalaman kami, agar permohonan yang dimohon akan diluluskan. Hubungi sahaja kami di talian 01170009624 atau klik dan isi di Borang Permohonan. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×