KELEBIHAN MEMILIK SIJIL MOF YANG TELAH DI PERBAHARUI (RENEWAL)
Terdapat banyak kelebihan jika anda mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan sentiasa melakukan pembaharuan (renewal) untuk sijil MOF anda. Antaranya ialah anda boleh membekalkan produk dan perkhidmatan anda kepada jabatan kerajaan Malaysia dan agensi di bawahnya. Terdapat banyak tender yang dibuka oleh pihak kerajaan seperti tender pembersihan, pembekalan bahan mentah, kontraktor binaan dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk mendapatkan tender-tender tersebut.
Selain itu juga, jika anda adalah syarikat bumiputera. Anda layak mendapatkan sijil taraf bumiputera sekiranya anda telah mempunyai sijil kewangan MOF. Peluang anda untuk memperoleh tender tersebut lebih meluas kerana anda telah mendapat pengiktirafan bumiputera oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Kelebihan anda mempunyai dua sijil memberi peluang untuk anda mohon tender yang dibuka khas untuk syarikat yang mempunyai kelayakan sebagai bumiputera.
Seterusnya, anda juga boleh memohon maksimum 30 kod bidang MOF mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MOF. Jika syarikat anda beroperasi di pejabat, anda mestilah memilih kod bidang yang khusus untuk kod bidang alamat pejabat sahaja. Tetapi sekiranya, syarikat anda beroperasi di rumah, anda hanya boleh memohon kod bidang yang khusus untuk alamat rumah sahaja. Kod bidang MOF ni mestilah dipilih mengikut jenis perniagaan yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hal ini kerana, sekiranya kod bidang MOF dan jenis perniagaan di SSM tidak selari, kemungkinan kod bidang yang dimohon tidak akan diluluskan.
Akhir sekali, kelebihan juga bagi syarikat yang mempunyai lesen kewangan MOF ialah ia boleh menjadi salah satu value dalam profil syarikat. Lesen Kewangan MOF membantu menjamin bahawa syarikat yang terlibat mempunyai kelayakan untuk melaksanakan projek. Ataupun menyediakan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh kerajaan. Terdapat banyak lagi aspek kelebihan ada sijil kewangan MOF , untuk keterangan boleh ke https://lesenkewangan2u.com/
Hubungi kami di talian 011-70009624 atau isi permohonan anda di Borang Permohonan untuk sebarang pertanyaan.