LESEN KEWANGAN MOF

/
/
LESEN KEWANGAN MOF

Isi Kandungan

Apakah Lesen Kewangan MOF ?

Lesen kewangan MOF adalah Pendaftaran entiti perniagaan atau syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda memerlukan lesen MOF. Lesen MOF ini penting kerana ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan kerajaan dan boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya. Tapi itu tidak bermakna anda sebagai pembekal tiada peluang untuk memohon lesen dengan MOF. Malah anda boleh memohon 2 jenis lesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); Lesen Kewangan dan Lesen Taraf Bumiputera.

lesen kewangan mof

Kepentingan Lesen MOF

Sebenarnya lesen MOF ini sangat penting untuk syarikat anda sekiranya anda ingin menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, syarikat anda wajib ada sijil MOF berurusan dengan jabatan kerajaan. Malah sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian dalam syarikat anda di masa akan datang.

 

Kelulusan pendaftaran

Tempoh kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru hanya mengambil masa 7 hingga ke 14 hari waktu bekerja sahaja. Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk membuat lawatan, ada sesetengah pegawai akan buat lawatan segera dan akan sesetengahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Kesimpulan

Kesimpulanya, anda perlu memohon lesen MOF ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran tersebut. Malah ianya juga dapat memudahkan urusan syarikat anda untuk menyertai sebutharga/tender kerajaan. Pastikan syarikat atau perniagaan anda berdaftar dengan MOF supaya anda juga yang akan memperoleh manfaat dari kerajaan.

Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan ? Jangan risau.. Hubungi team kami di Lesenkewangan2u.com atau hubungi kami pada talian 011-7000 9624 untuk dapatkan khidmat konsultan yang terbaik di Malaysia. Bukan sahaja memudahkan urusan permohonan anda bahkan kami juga antara konsultan yang menawarkan caj yang termurah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×