KOD BIDANG PEMBUAT DENGAN MOF

/
/
KOD BIDANG PEMBUAT DENGAN MOF

Isi Kandungan

Pendahuluan

Umum mengetahui bahawa pendaftaran bagi kod bidang pembuat dengan Kementerian Kewangan Malaysia sangat sukar untuk mendapatkan kelulusan disebabkan oleh syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pembekal sebelum membuat permohonan. Kebanyakan pembekal tidak tahu apakah syarat yang perlu disediakan bagi kod pembuat ini.

Kod pembuat ini merupakan kod bidang khas yang berakhir dengan angka 99 dan kod khas ini mempunyai banyak syarat atau kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kod bidang ini juga tidak ditawarkan kepada syarikat di bawah Malaysia’s Free Trade Agreement (FTA).

 

Syarat Yang Diperlukan

Syarat yang pertama adalah syarikat perlu mempunyai kilang atau menyewa kilang dan peralatan dimana syarikat sedia ada menjalankan aktiviti operasi syarikat. Modal berbayar atau modal terkumpul bagi syarikat pembuat ini wajib ada RM50,000.00 sekurang-kurangnya. Jika kilang itu disewa, syarikat perlu kemukakan salinan perjanjian sewa premis yang telah dimatikan setem. Namun jika kilang tersebut adalah kepunyaan sendiri, wajib kemukakan dokumen hak milik kepada MOF.

Seterusnya, syarikat wajib ada lesen pengilang yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ataupun perlu kemukakan surat pengecualian lesen pengilang daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Untuk syarikat yang memiliki modal berbayar kurang dari RM 2.5 juta dan mempunyai bilangan pekerja kurang daripada 75 orang.

Syarikat wajib membuat caruman KWSP bagi pekerja yang diisytiharkan dalam sistem ePerolehan tidak termasuk pemilik atau pengarah serta pemilik ekuiti di dalam syarikat. Perlu menyediakan carta aliran kerja proses pengeluaran produk dan struktur kos produk (product cost structure) termasuk peratusan pengeluaran sendiri (dalaman). Peta lakar syarikat juga perlu dikemukakan dengan lengkap dan jelas dari jalan utama ke premis dengan mercu tanda dan nama jalan yang mudah dikenalpasti.

Selain itu, syarikat perlu sediakan gambar papan tanda kekal nama syarikat syarikat, gambar luar dan dalam kilang. Serta peralatan dan cara pemprosesan kerja-kerja di dalam kilang. Syarikat juga wajib ada lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Di dalam lesen PBT tersebut perlu dipastikan nama dan alamat syarikat adalah sama seperti alamat kilang yang didaftarkan. Lesen tersebut hendaklah masih aktif tempoh sah laku sewaktu pendaftaran MOF dibuat.

 

Penutup

Akhir sekali, pembekal perlu mengetahui bahawa pendaftaran kod bidang pembuat ini memerlukan lawatan pengesahan daripada pegawai MOF di syarikat mahupun di kilang sebelum mendapat kelulusan. Tempoh kelulusan mengambil masa 1 hingga 2 bulan bergantung kepada pegawai lawatan tapak tersebut dan juga pegawai pelulus.

Jika anda merasakan syarikat anda ini layak mendaftar kod bidang pembuat dan mempunyai semua syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Anda boleh menghubungi kami di talian 011 7000 9624 dengan segera bagi mendapatkan khidmat daripada pegawai terlatih kami. Pegawai kami di Lesenkewangan2u.com akan membantu anda untuk menguruskan pendaftaran lesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×