KENAPA SYARIKAT PEMBEKAL PERLU REGISTER MOF ?

/
/
KENAPA SYARIKAT PEMBEKAL PERLU REGISTER MOF ?

Isi Kandungan

MENGAPA SYARIKAT PEMBEKAL PERLU DAFTAR (REGISTER) SIJIL MOF ? Hasil semakan mendapati masih ramai dalam kalangan pembekal yang masih belum mendaftar sijil MOF. Dan ada juga dalam kalangan pembekal ini masih keliru tentang permohonan lesen MOF sama ada wajib untuk dimohon ataupun tidak untuk perniagaan atau syarikat mereka. Tapi itu tidak bermakna anda sebagai pembekal tiada peluang untuk mendaftar sijil ini dengan MOF. Malah anda boleh memohon 2 jenis sijil dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) iaitu Sijil Kewangan (MOF)  dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).

 

Kepentingan Register/Daftar Sijil MOF

Sebenarnya sijil MOF ini sangat penting untuk syarikat anda sekiranya anda ingin menyertai tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, syarikat anda wajib ada sijil MOF untuk berurusan dengan Jabatan Kerajaan. Malah sijil MOF ini juga boleh dijadikan sebagai satu pencapaian (value) dalam syarikat anda di masa akan datang.

 

Kos Pendaftaran

Sijil MOF ini sebenarnya tidak mahal dan tidak juga murah tetapi masih mampu milik untuk para pembekal dan berbaloi. Pendaftaran bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (Enterprise) adalah RM1,200.00 sahaja. Manakala pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), koperasi & pertubuhan adalah sebanyak RM1400.00 sahaja. Dengan bayaran tersebut anda akan dapat 30 kod bidang (maksimum) yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda beserta dengan sijil digital ePerolehan syarikat secara percuma.

 

Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru mengambil masa 7 hingga ke 10 hari waktu bekerja sahaja. Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk membuat lawatan, ada pegawai akan buat lawatan segera terutama yang beroperasi di kawasan Klang dan ada juga pegawai mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, anda digalakkan untuk mendaftar sijil MOF ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pendaftaran tersebut. Malah ianya juga dapat memudahkan urusan syarikat anda untuk menyertai sebutharga/tender kerajaan. Jika anda tidak tahu bagaimana prosedur untuk membuat pendaftaran sijil MOF ini? Tak perlu risau boleh sahaja hubungi pegawai kami di lesenkewangan2u.com untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Pegawai kami akan membantu anda untuk menguruskan pendaftaran ini sehingga berjaya bahkan mempercepatkan proses pendaftaran syarikat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×