Kemaskini Profil MOF
Untuk makluman, pembekal boleh mengemaskini profil MOF akaun syarikat masing-masing di semua menu kecuali pendaftaran kod bidang. Jika berlaku sebarang perubahan di dalam syarikat selepas pendaftaran sijil Kementerian Kewangan Malaysia diluluskan, pembekal masih boleh membuat permohonan kemaskini profil syarikat dengan MOF. Anda perlu mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan perubahan yang ingin anda lakukan. Ini boleh merangkumi dokumen yang membuktikan perubahan dalam kelayakan kewangan syarikat, struktur organisasi, kepemilikan, alamat, atau butir-butir lain yang perlu dikemaskini.
Seterusnya,
Pertambahan saham atau perpindahan saham dalam syarikat. Jika berlaku sebarang jual beli saham di dalam syarikat, pemilik atau pentadbir sistem perlu mengemaskini profil didalam sistem eperolehan supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan di kemudian hari mengenai sebarang perubahan yang berlaku dalam saham syarikat. Kemaskini Lesen Kewangan MOF mungkin melibatkan yuran atau bayaran tertentu. Pastikan anda menyemak bayaran yang dikenakan dan membuat pembayaran yang diperlukan untuk proses kemaskini profil syarikat.
Namun begitu,
Maklumat personel tidak boleh diubah dalam tempoh enam (6) bulan selepas akaun MOF diluluskan. Jika dalam tempoh 6 bulan itu terdapat perubahan dari segi perletakan jawatan pengarah atau pekerja, pembekal tidak dibenarkan untuk mengemaskini lagi dan perlu tunggu selepas 6 bulan untuk mengemaskini maklumat tersebut. Untuk perubahan maklumat yang tiada masalah jika pembekal ingin ubah dalam tempoh tersebut.
Oleh itu,
Permohonan kemaskini profil ini adalah penting bagi semua pembekal untuk dikemaskini bagi kegunaan pihak tender atau jabatan kerajaan jika mereka ingin mendapatkan tender atau sebut harga. Perlu memastikan semua maklumat adalah benar dan dikemaskini. Selepas permohonan dikemukakan dan pemeriksaan dilakukan, anda perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan dan kelulusan dari pihak MOF. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan keputusan boleh berbeza-beza bergantung kepada keadaan dan pihak berkuasa yang terlibat.
Perlu Bantuan?
Boleh hubungi kami di talian 011-7000 9624 bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bagi mendapatkan sijil kewangan ini. Pegawai kami di Lesenkewangan2u.com akan membantu anda untuk dapatkan sijil kewangan sehingga permohonan anda berjaya mendapatkan kelulusan daripada MOF.