Artikel jenis permohonan MOF ini ialah sambungan kepada artikel perkhidmatan mof kami
Pendahuluan
Selain itu, permohonan proses pendaftaran pertambahan kod bidang MOF ke dalam sijil atau lesen kewangan MOF yang sediada. terdapat lebih dari 46 kod bidang MOF yang boleh dimohon tetapi hanya 30 kod bidang MOF kadar maksimum yang dibenarkan untuk setiap jenis permohonan. Semasa proses pembaharuan sijil MOF, pertambahan kod bidang juga boleh dilakukan tetapi tidak bagi permohonan kemaskini profil. Sekiranya kod bidang MOF tersebut sudah cukup 30 kod bidang, anda perlu lakukan terminate beberapa kod bidang sediada kerana kadar hanya sehingga 30 kod bidang sahaja.
Sijil taraf Bumiputera MOF (STB) adalah pengiktirafan yang diberikan oleh MOF kepada syarikat yang berdaftar dan memenuhi kelayakan dan ciri-ciri sebagai syarikat bumiputera iaitu syarikat hendakalah dipegang oleh 75%-100% bumiputera. Terdapat tender atau sebutharga yang hanya dikhususkan untuk syarikat yang memiliki sijil Taraf Bumiputera. Kelulusan ini mengambil masa dalam 1-2 bulan kerana memerlukan lawatan tapak oleh pegawai MOF/PKK ke premis syarikat. Untuk mendapatkan sijil ini, syarikat WAJIB memiliki sijil MOF terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Jika syarikat mempunyai pertukaran maklumat syarikat seperti perubahan saham atau ketua – ketua pengarah. Syarikat WAJIB untuk membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF. Hal ini kerana, sekiranya maklumat tersebut telah berubah dan tidak membuat sebarang permohonan kemaskini profil akan menyebabkan sijil MOF anda terbatal dan kemungkinan kelayakan taraf bumiputera anda boleh ditarik balik. Dokumen yang perlu dilampirkan juga tidaklah banyak, ianya bergantung kepada dokumen yang dipinda atau yang berkenaan sahaja.
Rumusan
Akhir kata, semua syarikat yang berdaftar dengan badan tertentu adalah layak untuk daftar dan memiliki sijil MOF ini. Walaupun anda masih baru dalam bidang perniagaan, anda juga layak untuk memasuki mana-mana Tender atau Sebut Harga dari jabatan kerajaan. Melalui sijil MOF ini lah, anda boleh mengembangkan syarikat anda secara meluas sehingga dikenali ramai. Untuk bantuan berkaitan lesen kewangan ?. Anda boleh hubungi kami di talian 01170009624 @ lesenkewangan2u.com