JENIS-JENIS KOD BIDANG PEMBERSIHAN

/
/
JENIS-JENIS KOD BIDANG PEMBERSIHAN

Isi Kandungan

kod bidang pembersihan

 

Tahukah anda? Untuk pembekal atau syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan pembersihan juga boleh mendaftar sijil kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Kebanyakkan syarikat masih tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan sijil kewangan. Mereka juga tidak tahu bahawa MOF juga mewujudkan kod bidang yang sesuai untuk pembersihan.

Contoh Kod Bidang Pembersihan

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan banyak kod-kod bidang yang berkaitan pembersihan yang pembekal boleh pilih. Antara kod bidang yang paling popular adalah seperti kod bidang pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan dan juga mengangkat sampah. Ketiga-tiga boleh dikatakan kod bidang yang wajib didaftarkan kerana kod ini banyak mendapat tawaran sebut harga atau tender yang dikeluarkan oleh badan kerajaan.

Terdapat juga bidang pembersihan yang mempunyai syarat khas seperti kod bidang membersih kenderaan yang mewajibkan syarikat mempunyai lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jika syarikat pembekal tidak mempunyai lesen tersebut. MOF tidak membenarkan syarikat ini untuk mendaftar kod tersebut, ini kerana dokumen tersebut merupakan dokumen yang wajib disediakan bagi mendapatkan kelulusan.

Kod bidang ini juga antara kod yang popular di kalangan pembekal dan juga pihak tender iaitu mencuci kolam renang dan membersih pantai, sungai, empangan, terusan dan juga tasik. Kod ini boleh dipohon tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen tambahan seperti lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagi kod bidang pelupusan dan perawatan sisa berbahaya serta kod pelupusan dan rawatan sisa radio aktif dan nuklear. Ia memerlukan syarikat untuk mengemukakan lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga ATOM (AELB). Kedua-dua kod ini agak jarang mendapat sambutan oleh kerana syarat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Banyak syarikat tidak mempunyai lesen tersebut dan menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada MOF.

Kod bidang yang terakhir adalah kod pelupusan dan perawatan buangan terjadual juga merupakan kod yang perlu mengemukakan dokumen sokongan tambahan. Mana-mana syarikat yang ini mendaftar kod ini hendaklah mengemukakan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dahulu. Sekiranya syarikat tidak mempunyai lesen tersebut, kod itu tidak layak untuk syarikat mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kesimpulan

Jika syarikat anda ada menjalankan aktiviti perniagaan seperti kod-kod bidang di atas anda sangat digalakkan untuk mendaftar sijil kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Boleh hubungi kami di Lesenkewangan2u.com bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bagi mendapatkan sijil kewangan ini. Pegawai kami akan membantu anda untuk dapatkan sijil kewangan sehingga permohonan anda berjaya mendapatkan kelulusan daripada MOF.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×