GARIS PANDUAN KOD BIDANG PERUNDING

/
/
GARIS PANDUAN KOD BIDANG PERUNDING

Isi Kandungan

Pengenalan

Firma perunding merupakan perniagaan yang mempunyai pakar-pakar khusus yang menawarkan khidmat nasihat, panduan, pembimbing dan penyelesaian masalah. Fokus untuk syarikat dan perniagaan lain yang sedang mengalami cabaran. Setiap firma perunding mempunyai bidang khusus yang disediakan sebagai contoh, bagi firma perunding kejuruteraan struktur hanya memfokuskan pada lukisan bangunan sahaja. Jadi, kod bidang MOF yang ingin dimohon oleh firma perunding juga akan berbeza mengikut pendaftaran sesebuah firma dan pemilik firma itu dengan badan profesional. Jom kita kenali garis panduan kelayakan bagi pendaftaran kod bidang firma perunding.

 

Isi Kandungan

Terdapat Beberapa Kod Bidang Firma Perunding 

Terdapat beberapa kod bidang yang boleh dimohon. Seperti kejuruteraan, bukan kejuruteraan, sosio ekonomi, kajian rangkaian pengangkutan, kajian marin, kajian kewangan, kajian pertanian, informasi dan teknologi maklumat (ICT), pencahayaan dan bunyi, kajian perundangan dan pengurusan tenaga. Bagi keseluruhan kod bidang ini mempunyai syarat dan garis panduan yang perlu diikuti untuk mendapatkan sijil kewangan MOF anda.

Antara Garis Panduan Yang Paling Penting

Antara garis panduan yang paling penting bagi kod bidang ini ialah semua kakitangan firma mestilah memiliki kelayakan akademik yang setaraf dalam bidang yang berkaitan dan berpengalaman sekurangnya 3 tahun. Selain itu, firma perunding perlulah mempunyai 3 pekerja yang berkelayakan profesional, semi-profesional dan kerani. Pekerja-pekerja ini mestilah mempunyai kelayakan yang setaraf dengan kod bidang yang dimohon. Caruman KWSP juga perlu dilakukan ke atas ketiga-tiga pekerja tersebut untuk 3 tempoh tiga bulan. Ada yang tertanya, mengapa perlu begitu? Hal ini kerana, MOF ingin memastikan pekerja-pekerja itu telah berkhidmat cukup tempoh tiga bulan di firma tersebut. Sekali gus, mempunyai pengalaman dalam kod bidang yang dimohon.

Seterusnya, firma dan pemilik firma mestilah telah berdaftar sebagai perunding bagi bidang tertentu di bawah Lembaga Ikhtisas atau badan profesional yang terlibat. Pendaftaran tersebut mestilah masih aktif serta sah. Sebagai contoh, bagi kod bidang 330202 Ukur Bahan, pemilik firma perlulah berdaftar sebagai profesional di bawah Akta ukur Bahan. Firma perunding tersebut juga telah berdaftar sebagai perunding ukur bahan di bawah Lembaga Jurukur Bahan Malaysia.

 

Penutup

Masih terdapat dokumen lain yang diperlukan untuk permohonan kod bidang ini. Ya, lampiran dokumen bagi kod bidang perunding agak banyak berbanding syarikat atau perniagaan kerana MOF ingin memastikan adakah firma tersebut layak untuk memohon kod bidang perunding atau tidak. Kami di lesenkewangan2u.com akan beri perkhidmatan terbaik untuk membantu anda sehingga permohonan sijil kewangan MOF ini diluluskan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×