FAKTA MENARIK MEMILIKI SIJIL KEWANGAN MOF

/
/
FAKTA MENARIK MEMILIKI SIJIL KEWANGAN MOF

Isi Kandungan

Lesen kewangan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) atau MOF merupakan salah satu dokumen wajib sekiranya anda ingin menyertai sebut harga yang dikeluarkan oleh kerajaan. Anda nak tahu apa yang menarik sekiranya syarikat anda berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau MOF? Jom lesenkewangan2u terangkan  fakta menarik memiliki sijil kewangan MOF.

 

Fakta Menarik Memiliki Sijil Kewangan MOF

 

fakta-menarik-memiliki-mof

 

 

  • MENYERTAI SEBUT HARGA ATAU TENDER KERAJAAN

Sekiranya syarikat anda ingin menyertai mana-mana tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan Malaysia, syarikat anda perlulah mendaftar sebagai pembekal yang sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sekiranya anda memiliki lesen MOF, anda dikira telah sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan boleh menyertai mana-mana tender atau sebutharga yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan Malaysia. Jika syarikat anda tidak memiliki lesen MOF, pihak jabatan kerajaan tidak dapat membuat pembayaran ke atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

  • LEBIH DIPERCAYAI

Tahukah anda, sekiranya syarikat anda memiliki lesen MOF, syarikat anda akan lebih dipercayai oleh umum. Ini kerana segala data atau maklumat syarikat anda telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh itu, syarikat anda akan lebih dipercayai. Pengguna daripada mana-mana jabatan kerjaan dapat menyemak terlebih dahulu maklumat syarikat anda sebelum berurusan. Ini akan lebih meyakinkan pihak jabatan kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan atau barangan daripada syarikat anda.

  • BERURUSNIAGA DENGAN JABATAN KERAJAAN

Setiap syarikat yang memiliki lesen MOF, akan melantik personel yang akan menguruskan sebarang urusan pendaftaran dan perolehan yang berkaitan MOF. Pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu sistem bagi pembekal iaitu sistem eperolehan. Dengan adanya sistem ini, pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dapat berurusniaga berkenaan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sistem ini akan diuruskan oleh personel yang telah dipertanggungjawabkan oleh syarikat pembekal.

 

Rumusan

Kesimpulannya, banyak lagi kelebihan yang syarikat anda akan peroleh sekiranya mempunyai lesen kewangan MOF.

Anda nak dapatkan khidmat nasihat untuk daftar sebagai pembekal MOF yang sah? Whatsapp kami sekarang untuk maklumat lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×