ePEROLEHAN : FAHAMI CARA DAPATKAN TENDER KERAJAAN

/
/
ePEROLEHAN : FAHAMI CARA DAPATKAN TENDER KERAJAAN

Isi Kandungan

Penerangan

Perolehan atau ePerolehan (procurement) ialah melibatkan tiga kategori tender iaitu bekalan, perkhidmatan dan kerja. Terdapat dua jenis perkhidmatan yang terlibat iaitu perunding dan bukan perunding. Bagi perkhidmatan perunding diklasifikasikan sebagai perkhidmatan yang pakar dalam bidang tertentu seperti arkitek, kerja ukur, kejuruteraan dan sebagainya.

Bagi perkhidmatan bukan perunding pula meliputi perkhidmatan seperti pengurusan bangunan, latihan, penyelenggaraan dan pembersihan. Manakala, bagi perolehan bekalan membawa maksud produk atau barang yang ingin dibekalkan kepada sesuatu organisasi atau agensi kerajaan. Sebagai contoh, produk masakan, bahan binaan, perabot, pakaian dan kelengkapan pejabat. Dan yang terakhir, perolehan kerja yang  melibatkan kerja-kerja mekanikal, teknikal, pembinaan empangan air, pembersihan kawasan dan sebagainya.

Disini saya ingin menerangkan dua jenis eperolehan kerajaan iaitu Sebut Harga dan Tender. Sebut Harga dan Tender adalah kaedah perolehan yang ditawarkan oleh kerajaan untuk proses pengiklanan, penilaian, tawaran dan pemilihan pembekal. Pembekal boleh menyemak senarai Tender dan Sebut Harga yang diwar-warkan oleh agensi dan jabatan kerajaan melalui pelbagai platform. Terdapat perbezaan nilai perolehan untuk Sebut Harga dan Tender. Pembekal yang berdaftar dalam kod bidang berkaitan yang ingin melalui Sebut Harga melibatkan jumlah had nilai melebihi RM50,000 sehingga RM500,000 setahun sahaja. Manakala, bagi pembekal yang ingin melalui Tender melibatkan nilai yang melebihi RM500,000.

 

Rumusan

Kesimpulannya, terdapat banyak tawaran Sebut Harga dan Tender daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan. Perlu diingatkan persaingan untuk memenangi tawaran-tawaran ini agak mencabar.  Kerana terdapat ramai kontraktor dan pembekal yang berebut ingin membekalkan produk atau perkhidmatan mereka kepada kerajaan. Prosedur untuk memenangi Sebut Harga atau Tender ini agak sukar bagi sesiapa yang kurang berpengetahuan dalam bidang ini atau baru bertapak dalam dunia perniagaan. Oleh itu anda perlu menambah ilmu pengetahuan dan skil dalam perniagaan berkaitan ini, dengan cara mendapatkan maklumat daripada pembacaan. Sudahkah anda bersedia ? Pastikan anda mempersiapkan diri dan jangan lepaskan peluang ini. 

Ketahui lebih lagi Jenis dan Cara Perolehan Kerajaan? Jadi hubungi kami/whatsapp di 01170009624

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×