Sijil eperolehan atau dipanggil sijil Digital ePerolehan MOF merujuk kepada sijil digital yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kepada syarikat atau peniaga yang telah selesai daftar di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia (ePerolehan). Perolehan Kerajaan Malaysia adalah sistem di mana kerajaan Malaysia membuat pembelian barangan dan perkhidmatan dari peniaga-peniaga yang telah terdaftar di bawah sistem tersebut.
Sijil ini adalah dokumen elektronik yang membuktikan bahawa syarikat atau peniaga tersebut adalah sah dan berdaftar sebagai pembekal di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia. Sijil ini biasanya diperlukan bagi mereka yang ingin menyertai rundingan tender atau menyediakan barangan serta perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia. Ini merupakan usaha untuk mengurangkan kerumitan proses perolehan kerajaan dan mempercepatkan urusan perniagaan dengan kerajaan. Ia juga membantu meningkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan.
Kelengkapan Dokumen Untuk Daftar ePerolehan
Pendaftaran sijil digital eperolehan bagi pentadbir pembekal perlu menyediakan dokumen berkaitan maklumat diri iaitu satu (1) salinan kad pengenalan pentadbir pembekal yang telah didaftarkan. Salinan kad pengenalan tersebut hendaklah dipalangkan ‘untuk kegunaan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja’ dan perlu pastikan butiran pada salinan tersebut jelas.
Pentadbir juga hendaklah mengemukakan satu (1) surat rasmi yang mengandungi maklumat peribadi pentadbir dan juga maklumat pendaftaran syarikat. Surat rasmi ini perlu ditandatangani dan juga cop syarikat dengan jelas dan tidak dibenarkan untuk menggunakan cop berkomputer.
Dokumen pendaftaran ini perlu diimbas (scan) dengan jelas dan hndaklah dimuat naik ke dalam sistem eperolehan bagi tujuan pengesahan permohonan.
Tempoh Kelulusan Daftar ePerolehan
Pengaktifan selepas daftar sijil digital ePerolehan juga mempunyai tempoh kelulusan, yang mengambil masa satu (1) hingga tiga (3) hari waktu bekerja. Pembekal akan menerima email pengaktifan dan pembekal perlu mengaktifkan dalam tempoh 30 hari selepas email diterima.
Kesimpulan
Setiap pentadbir pembekal memang diwajibkan untuk mendaftar sijil digital eperolehan sebaik sahaja permohonan pendaftaran sijil kewangan diluluskan. Hal ini adalah kerana, sijil digital sangat penting untuk urusan pembayaran dengan pihak tender atau jabatan kerajaan.
Bantuan
Sila hubungi kami di talian 011-7000 9624 atau boleh isi borang permohonan untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan syarat-syarat sijil digital eperolehan.