Umum mengetahui pendaftaran sijil Kementerian Kewangan Malaysia adalah terbuka untuk semua pembekal sama ada di semenanjung atau Sabah mahupun Sarawak. Namun begitu, tahukah anda bahawa dokumen pendaftaran MOF bagi daftar pembekal yang berada di Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan pembekal yang beroperasi di semenanjung Malaysia.
Perbezaan Sijil Pendaftaran Perniagaan
Perbezaan dokumen yang paling ketara adalah sijil pendaftaran syarikat atau sijil perniagaan. Jika pembekal beroperasi di semenanjung Malaysia perlu mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Namun di Sabah perlu mendaftarkan syarikat mereka dibawah Petikan Perniagaan Sabah di bawah Kerajaan Sabah. Sijil itu lebih dikenali sebagai lesen trading atau lesen perniagaan.
Pembekal yang beroperasi di Sarawak perlu mendaftar perniagaan dengan SPNP dan kemukakan Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh SPNP untuk meneruskan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Tempoh Kelulusan
Tempoh kelulusan bagi syarikat pembekal yang beroperasi di Sabah & Sarawak lebih lama berbanding permohonan syarikat pembekal yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. Kalau di Semenanjung kelulusan 7 hingga 14 hari waktu bekerja, manakala Sabah & Sarawak 10 hingga ke 18 hari waktu bekerja. Tempoh kelulusan ini bergantung kepada pegawai pelulus ada masa cepat dan ada masa lambat.
Pendaftaran Kod Bidang
Untuk kod syarikat yang beroperasi di Sabah dan Sarawak perlu mendaftar butiran kod bidang yang dipohon di dalam jenis perniagaan pada petikan perniagaan Sabah/Sarawak. Manakala semenanjung Malaysia butiran kod bidang perlu berdaftar dalam jenis pernigaan pada SSM syarikat. Perlu pastikan semua kod bidang selari dan berdaftar.
Kesimpulan
Mana-mana syarikat pembekal amat digalakkan untuk daftar sijil kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) walau dimana pun syarikat anda beroperasi. Hal ini kerana, dengan ada nya sijil kewangan ini, syarikat anda lebih mudah untuk mendapat penawaran sebutharga atau tender daripada jabatan kerajaan atau mana-mana pihak yang terlibat.
Untuk ketahui lebih lanjut boleh isi di Borang Permohonan @ hubungi kami di 01170009524