DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

/
/
DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Isi Kandungan

Apa Itu Lesen MOF ?

Lesen MOF adalah singkatan dari ‘Ministry of Finance’ iaitu Sijil Kementerian Kewangan merupakan syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa daftar lesen mof dan sijil ini syarikat anda adalah tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.

Selain itu, bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera. Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.

Sebenarnya pendaftaran Ministry of Finance (MOF) atau pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu Sijil MOF, Lesen MOF & Pendaftaran MOF.

Kelebihan Daftar Lesen Kewangan MOF

  • Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
  • Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my
  • Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
  • Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda
Lesen Kewangan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar Lesen Kewangan

Untuk membuat pendaftaran MOF, anda perlu terlebih dahulu memiliki:

  • Daftar Perniagaan SSM
  • Penyata akaun semasa syarikat
  • Kad pengenalan (warganegara) atau passport (warga asing) pemilik & pekerja
  • Perjanjian sewa premis perniagaan (jika beroperasi di premis perniagaan)
  • Caruman KWSP pekerja

Dokumen yang disenaraikan di atas adalah untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian (Enterprise) sahaja. Sekiranya anda memiliki syarikat Sdn. Bhd, Koperasi, Persatuan atau Firma Perunding, anda perlu dapatkan dari kami di lesenkewangan2u.com atau hubungi di talian 011-7000 9624 kerana dokumen-dokumen tersebut berbeza & lebih kompleks bergantung kepada jenis syarikat & bidang permohonan anda dengan MOF.

 

Hubungi Kami Untuk Bantuan

Jika berminat untuk membuat pendaftaran sijil kewangan dengan menggunakan khidmat konsultan kami, boleh klik sahaja link ini Borang Permohonan atau hubungi sahaja kami di talian 01170009624. Anda juga boleh emelkan bantuan di emel kami bantuan@lesenkewangan2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×