Kenapa Perlu Kemaskini Profil MOF?
Antara sebab kenapa pembekal dan syarikat perlu membuat permohonan kemaskini profil MOF apabila sudah daftar, ialah pertukaran pemilik atau pengarah syarikat, pertambahan pemilik atau pengarah syarikat, pertambahan saham syarikat, pertukaran alamat syarikat dan sebagainya. Sekiranya terdapat perubahan-perubahan ini, syarikat wajib membuat permohonan kemaskini profil agar sentiasa selari dengan maklumat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat yang memohon lesen perlu menunjukkan bukti rekod dan makklumat yang betul untuk membuktikan kebolehan mereka untuk menjalankan urusan perniagaan dengan kerajaan.
Terdapat juga syarikat yang mempunyai pertindihan kod bidang yang ingin diproses dan daftar di sijil kewangan MOF. Jadi, anda hendaklah ;
- Mengemaskini profil akaun MOF dengan mengeluarkan nama pemilik atau kakitangan syarikat yang terdapat di syarikat.
- Supaya permohonan kod bidang tersebut boleh diluluskan.
Kenapa Hal Ini Boleh Terjadi?
Antara syarat untuk permohonan kod bidang, jika terdapat nama pemilik atau pengarah yang sama dalam dua syarikat yang berbeza atau di premis yang berbeza tetapi dalam syarikat yang sama, tidak dibenarkan untuk memohon kod bidang yang sama.
Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan adalah berdasarkan kepada dokumen atau maklumat yang dipinda atau yang berkaitan sahaja. Segalanya mudah kerana permohonan hanya melalui online sahaja dan tidak perlu ke kaunter untuk menguruskannya. Adakah penting mengemaskini profil sijil kewangan MOF ? Ya penting bagi mengelakkan daripada berlakunya penolakan jika anda memasuki mana-mana tender dari pihak kerajaan. Untuk terus membuka peluang kepada syarikat anda agar mampu terlibat dan bersaing dalam projek-projek kerajaan. Ini dapat memberi kesan positif terhadap perolehan keuntungan syarikat dan memberi peluang untuk mendapat pekerjaan.
Anda masih ragu-ragu cara kemaskini profil sijil kewangan MOF ? Jangan risau. Untuk maklumat terkini mengenai Lesen Kewangan MOF dan proses permohonannya, disarankan agar anda merujuk kepada laman web kami. Selain Itu, boleh sahaja hubungi kami di talian 011-7000 9624 atau isikan maklumat permohonan di Borang Permohonan yang tertera di website lesenkewangan2u.com.
Sekian, Terima Kasih.