Pengenalan
Ada sesetengah pembekal menganggap sijil (certificate) kewangan MOF adalah sama dengan sijil taraf bumiputera. Sebenarnya ia adalah dua sijil yang berbeza. Tetapi jika ingin memohon sijil taraf bumiputera, anda wajib mempunyai sijil kewangan MOF.
Jadi apa perbezaan antara dua sijil ini??
Sijil kewangan MOF adalah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembekal dan kontraktor yang ingin memasuki tender atau sebutharga dari pihak kerajaan. Manakala, sijil taraf bumiputera ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembekal dan kontraktor. Yang berhasrat ingin memasuki tender atau sebutharga yang dibuka khas oleh pihak kerajaan untuk syarikat yang mempunyai majoriti bumiputera.
Berapakah peratusan bumiputera untuk setiap syarikat? Syarikat mestilah memegang 75% bumiputera dari segi pemilik, pengarah, pemegang saham, pengurusan dan penandatangan cek ataupun syarikat tersebut mempunyai 100% bumiputera. Manakala, bagi sijil kewangan MOF, tiada syarat bumiputera. Sebagai contoh, jika syarikat ABC mempunyai majoriti 75% atau 100% bumiputera, syarikat tersebut layak memohon sijil kewangan MOF dan sijil taraf bumiputera. Tetapi, jika syarikat XYZ mempunyai minoriti bumiputera, syarikat tersebut hanya layak memohon sijil kewangan MOF sahaja.
Tempoh kelulusan bagi kedua-dua sijil juga berbeza. Bagi sijil kewangan MOF, tempoh kelulusan ialah 7 hingga 14 hari bekerja sahaja. Manakala, tempoh kelulusan bagi sijil taraf bumiputera ialah 1 hingga 2 bulan kerana memerlukan lawatan ke tapak premis oleh pihak MOF.
Susah atau Tidak Untuk Dapatkan Sijil Taraf Bumiputera MOF?
Bergantung kepada kelayakan syarikat. Sila hubungi kami untuk dapatkan panduan & khidmat nasihat.
Kesimpulannya, PERBEZAAN SIJIL MOF DAN SIJIL TARAF BUMIPUTERA kedua-dua sijil (certificate) kewangan MOF dan sijil taraf bumiputera adalah penting bagi setiap pembekal dan kontraktor yang ingin berurusniaga dengan pihak kerajaan. Jadi amatlah rugi, sekiranya anda melepaskan peluang untuk mendapatkan kedua-dua sijil ini. Jadi apa tunggu lagi? Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh ke website kami di lesenkewangan2u.com atau Anda boleh terus hubungi kami di talian 011-7000 9624 atau mengisi maklumat anda di Borang Permohonan.
Sekian, Terima Kasih.