Cara Mohon Kod Bidang ICT
Syarat Pendaftaran kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi kod bidang ICT agak sukar kerana memerlukan dokumen-dokumen tambahan. Syarikat perlu mengemukakan sijil akademik dan mengisytiharkan kelayakan akademik pemilik/pengarah dan pekerja yang lengkap bagi memastikan, sijil kewangan yang dimohon akan diluluskan. Antara dokumen tambahan yang paling utama dalam permohonan kod bidang ICT ialah seperti berikut:
- Salinan Sijil Msc Daripada Multimedia Development Corporation (Mdc).
- Salinan Ijazah B.Sc Computer/It dan B.Sc Electric/Electronic.
- Tiga bulan penyata/Borang (A) dan resit bayaran caruman KWSP bagi pekerja berkelayakan.
- Salinan Ijazah B.Sc Computer/It atau B.Sc Electric/Electronic atau Dip.Of Computer/It atau Dip. Of Electric/Electronic atau Setaraf.
Bukan itu sahaja, syarikat juga perlu membuat caruman KWSP bagi pekerja-pekerja yang berkelayakan. Kegagalan berbuat demikian, akan menyukarkan anda untuk mendapat sijil kewangan MOF. Selain itu juga, bagi syarikat yang ingin memohon kod bidang ICT khususnya, perlulah beroperasi di pejabat dan tidak boleh sama sekali beroperasi di rumah.
Kod bidang ICT ini boleh dimohon sekiranya syarikat anda mempunyai pekerja yang berkelayakan & syarat-syarat seperti di atas. Apabila semua urusan dokumen sudah lengkap, boleh hantarkan dokumen tersebut kepada LesenKewangan2u.com, untuk pihak kami membuat semakan. Kami memastikan dokumen yang dihantar lengkap dan jelas. Jika terdapat masalah mengenai kod bidang dan sebagainya anda akan dihubungi untuk urusan pembetulan.
Terdapat lagi cara mohon kod bidang, adalah dengan Syarikat perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan melampirkan semua dokumen dengan lengkap agar permohonan lesen kewangan MOF diluluskan tanpa sebarang masalah. Tetapi anda jangan risau, kami boleh membantu anda untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap agar memenuhi syarat-syarat kod bidang.
Kami Disini Sedia Membantu Anda
Pengalaman kami selama lebih dari 5 tahun telah berjaya mendapatkan kepercayaan dari ramai syarikat yang berdaftar dengan MOF. Kami menguruskan permohonan anda dari semakan dokumen, cadangan kod bidang yang bersesuaian sehingga sijil MOF yang kami uruskan diluluskan. Semua proses ini memudahkan urusan pelanggan kami, menjimatkan masa mereka tanpa perlu ke kaunter MOF untuk membuat permohonan.Jom kami bantu anda. Hanya klik pada Borang Permohonan atau hubungi kami di talian 011-70009624. Terima kasih.