CARA DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

/
/
CARA DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Isi Kandungan

Pengenalan

Lesen Kewangan MOF merujuk kepada lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kepada syarikat atau entiti yang ingin terlibat dalam perolehan atau kontrak dengan kerajaan Malaysia, Seharusnya melalui proses daftar lesen kewangan dahulu. MOF adalah kementerian yang bertanggungjawab menguruskan aspek-aspek kewangan dan perbelanjaan awam di Malaysia.

Fungsi utama Lesen Kewangan MOF adalah untuk mengawal dan mengawasi urusan kewangan dan perbelanjaan awam dengan memberikan kelulusan kepada syarikat-syarikat atau entiti yang ingin menyediakan barangan, perkhidmatan, atau melaksanakan projek bagi pihak kerajaan. Lesen ini merupakan satu bentuk kelulusan yang mengesahkan bahawa entiti tersebut mempunyai keupayaan kewangan dan kebolehan untuk memenuhi kontrak-kontrak yang diberikan.

Semua syarikat yang ingin berurus niaga dengan kerajaan Malaysia sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Badan Berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi lain di bawah seliaannya, syarikat perlulah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Berikut cara daftar MOF dengan mudah.

 

Cara Daftar Lesen Kewangan MOF

Langkah 1 : Layari Lesenkewangan2u.com

Layari laman web kami, lesenkewangan2u dan di laman utama akan memaparkan butang MOHON SEKARANG dan klik pada butang tersebut.

 

cara-daftar-mof-2

 

Langkah 2 : Isi Maklumat Dengan Lengkap

Anda perlu mengisi maklumat syarikat dan pemohon pada borang permohonan yang disediakan. Masukkan Nama Syarikat, pilih Jenis Syarikat, Jenis Permohonan, Nama Pemohon, Email dan Telefon Bimbit yang tepat untuk dihubungi.

daftar lesen kewangan

 

Langkah 3 : Pembayaran Deposit/Penuh

Untuk melengkapkan permohonan, anda perlu membuat bayaran secara atas talian mengikut jenis permohonan yang telah dipilih. Anda bole memilih samaada ingin membuat pembayaran penuh atau deposit sahaja.

cara-daftar-mof-4

 

Langkah 4 : Selesai

Selepas kami menerima butiran permohonan & bayaran, pegawai kami akan menghubungi anda bagi menerangkan proses dan prosedur bagi permohonan sijil kewangan syarikat anda.

 

Rumusan

Mudah bukan? Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh memohon untuk proses daftar lesen kewangan MOF syarikat anda. Untuk maklumat terkini mengenai Lesen Kewangan MOF dan proses permohonan dan sebarang pertanyaan, hubungi kami pada talian 011-70009624

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×