CARA DAFTAR AKAUN MOF MALAYSIA

/
/
CARA DAFTAR AKAUN MOF MALAYSIA

Isi Kandungan

 

Apa itu Lesen Kewangan MOF? Lesen kewangan MOF ialah lesen atau sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk para pembekal atau kontraktor yang ingin berurus niaga atau menyertai sebutharga dengan pihak kerajaan. Sebagai contoh, anda ialah seorang pembekal pengusaha kedai runcit dan ingin membekal air mineral di kantin sekolah, syarikat anda wajib mempunyai Lesen Kewangan MOF dalam bidang pembekalan minuman. Tanpa lesen kewangan MOF yang sah, anda tidak layak untuk memasuki tender yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan.

 

Panduan Pendaftaran Akaun MOF

Cara Memohon Sijil Dengan Kementerian Kewangan Malaysia di Lesenkewangan2u.com.

Untuk permohonan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui website lesenkewangan2u.com. Jenis-jenis permohonan dan panduan rujukan adalah seperti berikut: 

  • Pendaftaran Baharu:

Pendaftaran baharu adalah permohonan kali pertama bagi syarikat yang belum pernah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau syarikat yang telah dibatalkan secara automatik oleh sistem kerana tidak memperbaharui sijil selepas setahun daripada tarikh luput pendaftaran atau syarikat yang dibatalkan pendaftaran atas permintaan syarikat.

  • Permohonan Pembaharuan:

Pembaharuan adalah permohonan yang telah berdaftar dengan MOF sama ada  masih sah laku atau telah tamat tempoh sah laku pendaftaran. Permohonan ini hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat pendaftaran semasa.

  • Permohonan Tambah Bidang:

Tambah bidang adalah permohonan untuk syarikat menambah bidang bagi syarikat yang telah berdaftar dan masih sah laku. Tambahan bidang tidak akan dipertimbangkan jika dibuat dalam tempoh (3) bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran semasa.

  • Permohonan Kemaskini Profil:

Kemaskini profil adalah permohonan untuk membuat perubahan maklumat syarikat secara online seperti pertukaran alamat, pemilik, lembaga pengarah, pengurusan, kakitangan dan sebagainya.

  • Pendaftaran Taraf Bumiputera:

Pendaftaran taraf bumiputera adalah permohonan untuk syarikat mendapatkan pengiktirafan taraf bumiputera. Permohonan hendaklah dikemukakan selepas syarikat didaftarkan.

 

Kesimpulan

Untuk makluman semua, semua permohonan yang dibuat hendaklah diisytiharkan dalam tempoh 60 hari penciptaan permohonan. Jika permohonan tidak diisytiharkan dalam tempoh tersebut, permohonan pendaftaran akan terbatal secara automatik.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut syarikat yang berminat boleh hubungi talian kami di 011-7000 9426.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×