Lesen MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) dan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) adalah dua jenis lesen yang berlainan dan beza. Dikeluarkan oleh dua agensi kerajaan yang berlainan di Malaysia.
Lesen CIDB atau lesen kontraktor ialah satu lesen akaun atau sijil yang dikeluarkan oleh CIDB bagi syarikat atau individu yang ingin menjalankan aktiviti pembinaan dan pembangunan. Terdapat 3 jenis sijil kontraktor yang diperkenalkan di Malaysia iaitu Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Manakala, lesen MOF pula ialah satu bentuk sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk kontraktor dan pembekal yang ingin berurus niaga dengan jabatan kerajaan. Mari mengenali perbezaan di antara kedua-dua lesen ini.
Haa anda nampak kan gambar di atas, berbeza kan? Dari bentuk dan maklumat yang terpapar di kedua sijil in adalah berbeza. Bagi setiap kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan termasuk kerja-kerja dalam bidang mekanikal, awam, fasiliti dan elektrikal. Wajib mempunyai lesen CIDB yang berdaftar dengan Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB secara sah.
Perbezaan MOF dan CIDB
- Dokumen asas yang perlu dilampirkan untuk kedua sijil ini adalah sama iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata akaun bank dan salinan kad pengenalan pengarah serta pekerja. Sijil CIDB dan sijil kewangan MOF, masing-masing mempunyai kod bidang yang boleh dimohon oleh pemohon.
- Kod bidang CIDB, memfokuskan kepada pembinaan seperti paip, bangunan, landskap dan sebagainya dan beza kod bidang MOF pula adalah umum seperti pembersihan, makanan, pembinaan, pakaian, kenderaan, perubatan, pertanian dan sebagainya.
- Sijil bumiputera CIDB dan sijil bumiputera MOF juga berbeza. Untuk mendapatkan sijil bumiputera CIDB, anda perlu daftar sijil SPKK terlebih dahulu. Begitu juga, sekiranya anda ingin memohon sijil bumiputera MOF, anda perlu mempunyai sijil kewangan dan berdaftar dengan MOF.
Penerangan
Melalui permohonan sijil kewangan MOF, membolehkan anda untuk membekalkan perkhidmatan atau bekalan dalam apa sahaja yang anda inginkan kepada jabatan kerajaan. Syarikat anda ialah “ABC Enterprise” dan ingin bekalkan perkhidmatan hotel/chalet dan produk makanan haiwan ternakan? Ya! Sudah semestinya boleh. Anda dari syarikat “Siti Nur Haliza Binti Mohamad” dan ingin membekalkan produk masakan makanan islam? Ya! Sudah tentu boleh.
Terdapat pelbagai tender dan sebutharga yang diiklankan oleh jabatan kerajaan pada setiap hari. Hal ini kerana, Kerajaan Malaysia mempunyai banyak barang yang diperlukan secara berterusan. Jadi, bagaimana untuk syarikat anda berjaya membida tender-tender yang diwar-war kan ini? Anda perlu teliti kelayakan yang diperlukan oleh Jabatan Kerajaan samada mereka memerlukan syarikat yang mempunyai sijil MOF sahaja atau sijil MOF dan CIDB. Sebagai contoh, sebut harga atau tender yang dibuka ialah bagi perkhidmatan pembinaan, kebiasaannya kelayakan yang diperlukan ialah sijil CIDB dan MOF. Manakala, jika tender tersebut untuk syarikat membekalkan katering seperti kantin sekolah, hanya memerlukan sijil MOF sahaja. Wujudkah tender Kerajaan yang memerlukan sijil CIDB sahaja? Tidak wujud, kerana untuk memasuki mana-mana tender dari jabatan Kerajaan, anda WAJIB mempunyai sijil kewangan MOF.
Penutup
Sebagai penutup, kedua-dua sijil CIDB dan MOF adalah penting bagi setiap syarikat. Selain daripada anda layak bertanding mendapatkan tender Kerajaan, ia juga boleh dijadikan sebagai value tambahan untuk syarikat anda.