Umum mengetahui bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan syarat bagi pembekal yang ingin merebut peluang untuk mendapatkan tender atau sebut harga kerajaan wajib mempunyai akaun ePerolehan dan juga sijil MOF. Hal ini kerana, dengan sijil tersebut dapat memudahkan urusan pihak pembekal menawarkan produk perkhidmatan kepada kerajaan melalui rangkaian atas talian.
Namun begitu,
Terdapat dua jenis akaun yang ada dalam sistem eperolehan iaitu akaun asas dan juga akaun MOF bagi mendapatkan sijil MOF ini. Perbezaan bagi kedua-dua akaun ini yang paling ketara adalah sijil. Jika pembekal hanya mendaftar akaun asas. MOF tidak akan keluarkan sijil kelulusan tetapi untuk akaun MOF pembekal akan diberikan sijil serta sistem eperolehan termasuk sijil digital (softcert).
Perbezaan Akaun Asas dan Akaun MOF
Akaun Asas
- Adalah untuk pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk bekalan perkhidmatan yang bukan perunding dimana modal berbayar tidak melebihi RM20,000.00. Akaun ini hanya dikhaskan untuk warganegara Malaysia sahaja dengan kad pengenalan yang dibenarkan untuk mendaftar.
Akaun MOF
- Bagi Akaun MOF pula hanya pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk bekalan dan perkhidmatan dimana modal berbayar sehingga nilai RM20,000.00 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000.00 tersebut.
Jenis Pembekal MOF
Kontraktor
- Adalah syarikat yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk perolehan bekalan & perkhidmatan bukan perunding atau bertransaksi dengan lain-lain seperti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat yang berkaitan Kerajaan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.
Perunding
- Merupakan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk perolehan perkhidmatan perunding. Kebanyakkan perunding adalah syarikat yang berdaftar dengan badan profesional. Seperti Lembaga Jurukur Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia dan Bar Council.
Kesimpulan
Kontraktor dan perunding juga berbeza dari segi kod bidang. Untuk kontraktor anda tidak dibenarkan untuk mendaftar kod bidang perunding tetapi bagi syarikat perunding. Mereka boleh memilih kod bidang kontraktor atau perunding mahupun kedua-dua jenis kod bidang.