APA ITU SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) ?

/
/
APA ITU SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) ?

Isi Kandungan

Ingin memiliki sijil kewangan MOF tapi tak tahu bagaimana cara untuk mendaftar? Jangan risau! lesenkewangan2u boleh bantu anda! Sebelum itu, jom kita kenali apa itu lesen kewangan MOF.

Apa itu Lesen Kewangan MOF ?

Lesen MOF ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk para pembekal atau kontraktor yang ingin berurusniaga atau menyertai sebut harga dengan pihak kerajaan. Sebagai contoh, anda ialah seorang pembekal pengusaha kedai runcit dan ingin membekal air mineral di kantin sekolah, syarikat anda wajib mempunyai Lesen MOF dalam bidang pembekalan makanan dan minuman. Tanpa lesen yang sah, anda tidak layak untuk memasuki tender yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan. Berikut merupakan contoh lesen kewangan yang dikeluarkan oleh MOF:

 

SIJIL MOF

 

Sebagai pembekal yang mempunyai Lesen Kewangan MOF, anda boleh juga memohon Sijil Taraf Bumiputera MOF. Dengan adanya Sijil Taraf Bumiputera, anda berpeluang menyertai tender kerajaan yang dibuka khas bagi pembekal yang mempunyai Sijil Taraf Bumiputera ini.

Setiap syarikat boleh mohon maksimum 30 kod bidang bagi setiap syarikat. Kod bidang MOF yang hendaklah selari dengan jenis perniagaan di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tempoh aktif lesen adalah 3 tahun. Syarikat perlulah membuat permohonan pembaharuan dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh lesen tamat atau dalam tempoh setahun selepas tamat tempoh. Sekiranya anda gagal membuat permohonan pembaharuan dalam tempoh yang ditetapkan, lesen MOF syarikat anda akan terbatal. Apabila terbatal, syarikat anda perlulah membuat permohonan pendaftaran baharu semula.

 

SIJIL MOF

Rumusan

Kesimpulannya, lesen MOF mempunyai dua jenis sijil iaitu Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera. Anda perlulah mendaftarkan syarikat anda dengan MOF sekiranya anda ingin berurusniaga atau menyertai sebut harga dengan pihak kerajaan. Sekarang anda sudah faham apa itu lesen MOF. Hanya dengan mengisi borang permohonan di laman web kami, lesenkewangan2u.com kami akan uruskan permohonan anda dalam masa 24jam sahaja. Anda nak dapatkan khidmat nasihat untuk daftar sebagai pembekal MOF yang sah? Whatsapp kami sekarang untuk maklumat lanjut!

2 Responses

  1. Sekiranya tiada taraf bumi.. Jumlah kontrak berapa yang boleh masuk tender kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan Bantuan?

Nak kami bantu untuk permohonan MOF anda? Tinggalkan nombor telefon anda dan kami terangkan kepada anda!

×